Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Menangis Meraung Yang Paling Sedap. Cicah Pulak Dengan Sos Padu, Lagi Sedap!

0 83

Sebelum ni viral pasal daging harimau menangis. Masuk Facebook je nampak harimau menangis. Kali ni kita nak try resepi ayam menangis meraung. Fuh! Lain macam nama resepi ni kan. Cicah ayam ni dengan sos padu dia lagi sedap ye.

Korang yang plan nak buat bakar-bakar, boleh cuba resepi ni dulu. Masak atas frying pan je, tak payah guna oven, air fryer atau guna arang. Korang kena try resepi ni, confirm meraung bila cicah ayam dengan sos padu dia.

Dua-dua resepi ada. Resepi ayam dan jugak cara penyediaan sos padu. Sos ni boleh buat banyak-banyak untuk makan dengan daging atau ayam bakar barbeque. Confirm ketagih dibuatnya. Cara penyediaannya pun tak susah mana.

Resepi ayam menangis meraung ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Hamizah Bakhtiar. Korang yang pernah cuba mesti nak masak lagi kan. Perap ayam lama sikit baru masak. Memang padu weh!

Tekstur ayam yang di masak pun lebih juicy. Ambil bahagian thigh, drumstick atau wing. Sesuai sangat buat masak ayam menangis meraung ni. Tapi terpulang ikut citarasa masing-masing. Nak masak bahagian isi pun boleh.

 

RESEPI AYAM MENANGIS MERAUNG DAN SOS PADU

So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam menangis meraung dan sos padunya. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan untuk ayam : 
  • 4 keping ayam bahagian whole leg (dibuang tulang)
  • 1 batang ketumbar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar madu

 

Bahan untuk sos :
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1/2 biji Bawang merah
  • 4 Cili padi dibuang biji
  • Sedikit batang Ketumbar
  • 1 sudu besar Chilli flakes
  • 1 sudu teh Gula melaka
  • 1/2 sudu besar Asam jawa
  • 1 sudu teh Sos ikan
  • 1 sudu teh Jus limau nipis
  • 1 sudu Beras disangai
  • Hirisan daun ketumbar
  • Air secukupnya
  • Garam

CARA PENYEDIAAN AYAM MENANGIS MERAUNG DAN SOS PADU : 

▶️ Perap ayam bersama bahan perap selama 3 jam.

▶️ Masak ayam atas frying pan hingga garing. Angkat ayam dan ketepikan.

▶️ Hiris ayam nipis-nipis.

▶️ Untuk sos pula, kisar semua bahan sos hingga hancur.

▶️ Perasakan dengan garam.

▶️ Siap! Boleh dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Serawa Biskut Kapal Atau Pengat Biskut Kapal. Puas Makan Kalau Buat Sendiri!

 

Mudah sangat kan! Wah, yang nak diet boleh try resepi ni. Sebab lauk ni boleh makan ratah macam tu je. Kurang penggunaan minyak pulak tu. Bakar ayam dałam kuali bukan goreng ye. Tengok la tekstur ayam tu juicy sangat!

Sos pun padu! Boleh adjust rasa pedas ikut citarasa masing-masing. Layan ayam menangis meraung dengan salad atau timun pun dah cukup. Memang on diet la. Sesuai buat hidangan makan malam. Confirm kenyang makan lauk ni je.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Hamizah Bakhtiar kerana sudi berkongsi resepi ayam menangis meraung dan sos padu ini di Facebook. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open