Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Terbaru Cendawan Enoki Yang Crunchy Dan Berintikan Ayam. Confirm Sedap!
Pernah makan cendawan enoki? Terdapat pelbagai jenis cara memasak cendawan enoki, samada dibuat sup ataupun goreng tepung. Cendawan enoki goreng tepung amat digemari ramai. Buat penggemar cendawan goreng, anda kena cuba resepi terbaru cendawan enoki ini, kerana resepi kali ini ada sedikit kelainan.
Cendawan Enoki adalah cendawan yang tidak beracun yang boleh dimakan . Ciri – ciri cendawan berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge . Sesetengah orang gemar menjadikan cendawan ini sebagai salah satu bahan masakan di dalam sup.
Tetapi, “enoki.mushroom” telah memperkenalkan resepi baharu dengan mengoreng cendawan enoki dengan menggunakan tepung yang telah membuatkan ramai orang tertarik untuk mencubanya dan merasai kenikmatannya.
Resepi ini juga telah diubah suai oleh seorang pengguna facebook yang mana ia membuat penambahan bahan dalam penyediaan cendawan enoki ini. Terima kasih kepada Möfa Radzi kerana sudi berkongsi resepi terbaru cendawan enoki yang berintikan isi ayam ini.
Menurut beliau, beliau menggunakan kreativi yang ada untuk mengubah suai resepi ini sempena hari Malaysia. Resepi ini juga sangat sedap dimakan dengan homemade sos thai. Ia merupakan kudapan yang garing seperti keropok.
RESEPI CENDAWAN ENOKI
Resepi ini sesuai dijadikan snek minum petang bersama anak-anak. Dengan kelainan yang ada dalam resepi ini. Pasti ramai yang nak mencubanya. Jom follow resepi ini.
Bahan yang diperlukan adalah :
- Cendawan enoki
- Kulit popia
- Inti (isi ayam yang dicincang halus dan digoreng)
- Tepung ayam goreng segera (sebagai pilihan)
Cara-cara penyediaan cendawan enoki :
▶️ Potong akar cendawan, leraikan dan basuh. Kemudian tos sehingga kering.
▶️ Masukkan isi ayam yang dicincang halus kedalam kulit popia.
▶️ Balut segenggam cendawan dengan kulit popia yang berisi isi ayam tadi. Lekatkan dengan menggunakan air
▶️ Salut cendawan dengan tepung ayam goreng segera.
▶️ Goreng sehingga perang keemasan.
BACA JUGA: Resepi kari Ayam ala Jepun Homemade. Wajib Cuba Baru Tahu Keenakannya!
Siap untuk dinikmati! Ada sesetengah cendawan enoki yang digoreng tanpa menggunkan tepung. Tetapi, kebanyakkannya resepi ini menggunkan tepung goreng ayam untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap bila dimakan nanti.
Terbayang, tengan makan sotong celup tepung bila tengok gambar yang dikongsikan. Berdasarkan review penggemar cendawan goreng, rasa yang terdapat dalam resepi ini memang seakan-akan sotong celup tepung.
Anak-anak pasti suka dengan snek baru ini kerana tekstur cendawan dan kulit popia yang crispy seperti keropok. Memang sesuai bagi anda yang mahu mencuba snek petang yang unik! Semoga resepi cendawan enoki bermafaat kepada kita semua. Selamat mencuba!