Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Serawa Biskut Kapal Atau Pengat Biskut Kapal. Puas Makan Kalau Buat Sendiri!
First time nampak resepi serawa biskut kapal ni. Atau nama lainnya pengat biskut kapal. Nampak menarik untuk dicuba. Boleh buat hidangan minum petang hujung-hujung minggu ni. Ada jugak yang panggil resepi ni bubur biskut kapal ye.
Orang utara panggil biskut pun roti atau nama lain biskut ni adalah biskut permaisuri atau biskut osbon. Siapa pernah buat serawa atau pengat guna biskut kapal ni? Ikut resepi ni korang boleh buat seperiuk saiz sederhana pengat. Boleh makan puas-puas.
Ni la bubur legend yang dah viral sekarang. Boleh beli biskut kapal timbang kat shopee. Bila-bila nak makan serawa atau pengat biskut kapal boleh terus buat. Resepinya pun tersangatlah mudah. Mesti ramai yang tak tahu kewujudan resepi ni kan.
Resepi hampir sama dengan pengat pisang, pengat durian atau pengat labu. Cumanya kita gantikan pisang, durian dan labu tu dengan biskut kapal. Rasa lemak manis pengat ni memang membuka selera ye. Lagi-lagi bila makan pengat ni panas-panas.
Resepi serawa biskut kapal ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norfazida Gda. Biskut kapal ni agak susah nak jumpa. So, cara nak dapatkan biskut kapal ni dengan mudah, boleh terus beli online je kat Shopee.
RESEPI SERAWA BISKUT KAPAL ATAU PENGAT BISKUT KAPAL
Kat belah-belah Utara je kot rasanya biskut kapal ni masih dijual. Selain tu mesti agak susah nak jumpa. Tak nak buang masa, yang baru first time nak buat pengat ni jom tengok step penyediaanya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 mangkuk besar biskut kapal
- 1L @ 4 cawan air
- 200ml @ 1 kotak kecil santan pekat
- 1/2 cawan gula pasir
- 2sb gula merah (optional)
- 2sb sagu (direndam sebentar)
- 1sk garam
- 2 helai daun pandan
RESEPI SERAWA BISKUT KAPAL ATAU PENGAT BISKUT KAPAL :
▶️ Satukan air, 1/2 dari santan, gula pasir, gula merah untuk warna dan rasa dan daun pandan yang disimpul.
▶️ Masak sehingga gula larut dan mendidih tapi jangan sampai pecah santan.
▶️ Masukkan baki santan, sagu dan garam. Masak dan kacau sehingga sagu menjadi jernih.
▶️ Tutup api. Masukkan biskut kapal dan kacau hingga sekata. Sedia untuk dihidangkan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Sambal Sardin Yang Simple Tapi Sedap Sangat. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Makan pengat biskut kapal ni kena makan time panas-panas atau suam. Kalau dah sejuk, biskut kapal tadi dah mengembang. Tak semua orang suka makan bila biskut dah mengambang. Untuk mak ayah atau anak-anak mungkin sesuai.
Wah! Tergugat rasa nak makan pengat ni. Ni first time nak makan tau. Memang teruja tengok menu-menu orang dulu-dulu. Biskut pun boleh dibuat pengat. Hidangan macam ni kena perkenalkan dengan anak-anak ye. Takde la di telan zaman nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norfazida Gda kerana sudi berkongsi resepi serawa biskut kapal atau pengat biskut kapal ini di Facebook. Semoga perkongsian resepi ni dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!