Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Kicap Serai Yang Sedap Hingga Menjilat Jari. Dah Bosan Ayam Kicap Biasa Boleh Cuba Resepi Ni Pulak! 

0 194

Pernah cuba resepi ayam kicap serai? Caranya lebih kurang sama dengan resepi ayam masak kicap biasa, tapi penggunaan serai diperlukan dalam hidangan ini. Yang mana serai akan dikisar bersama bahan kisar yang lainnya.

Ayam masak kicap antara lauk yang paling disukai ramai. Dan semestinya menjadi pilihan ibu-ibu untuk dihidangkan buat anak-anak mereka. Aroma ayam kicap serai ini pula berbeza dengan aroma ayam kicap yang biasa. Nak tahu kenalah cuba!

Yang dah bosan makan lauk ayam kicap biasa bolehlah bertukar selera ke resepi ayam kicap serai. Confirm nak lagi! Bau masakan pun sampai rumah jiran sebelah. Nak buat hidangan dipagi raya pun seronok juga. Bolehlah makan dengan ketupat dan lemang.

Lauk ayam kicap juga boleh dipelbagaikan cara masaknya. Ada yang mempunyai rasa manis pedas, ada yang masam manis dan pedas dan ada juga yang dimasukkan daun kari dalam penyediaannya.

Resepi ayam kicap serai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Sarah Kamilla. Serai yang dikisar akan menjadikan tekstur kuah akan berecak-ecak dan nampak pekat.

 

RESEPI AYAM KICAP SERAI

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Untuk resepi ayam kicap serai ini lebih sedap bila menggunakan banyak cili. Lagi pedas lagi sedap hasilnya!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Cili padi (lagi banyak lagi terangkat)
  • Cili merah (Optional)

 

Bahan lain :
  • Ayam (digoreng separuh masak)
  • Gula
  • Garam
  • Kicap

CARA PENYEDIAAN AYAM KICAP SERAI :

▶️ Blend bawang merah, bawang putih, serai, cili padi dan cili merah kalau perlu. Blend ikut suka nak halus ke nak kasar.

▶️ Tumis bahan kisar tadi sampai air sedikit kering.

▶️ Masuk ayam yang dah digoreng separuh masak tadi.

▶️ Perasakan dengan gula, garam secukup rasa dan gaul rata.

▶️ Tuangkan kicap dan gaul lagi.

▶️ Siap! Hias la ikut kreativiti anda. Tak kreatif pun takpe sebab confirm sedap.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Seri Muka Jagung Manis Yang Memang Sedap. Perfect Sungguh Rasanya!

 

Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas memang terangkat dibuatnya! Untuk dihidang buat anak-anak pula, anda boleh mengawal penggunaan cili. Sangat mudah dan hasilnya pun sedap hingga menjilat jari.

Cili merah pula merupakan bahan optional, dimana anda boleh gunakan dalam bahan kisar ataupun sebagai bahan hiasan sahaja. Diletak pada akhir sekali dengan cara menghiris cili merah tersebut.

Kalau dah bosan dengan resepi ayam kicap biasa, jom kita cuba resepi ayam kicap serai yang cukup menyelerakan ini. Sekali cuba pasti nak lagi! Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open