Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Masakan Ayam Berkuah Yang Mudah Dan Simple. Menu Wajib Ada Dalam Setiap Hidangan

0 148,742

Setiap hari menu ayam macam wajib ada di rumah kita kan? Kalau tidak untuk kita yang dewasa, kadang-kadang sesimple ayam goreng untuk anak-anak.

So, bila dah ada ayam tu, kadang-kadang pening juga nak masak lauk apa yang sesuai untuk semua golongan makan. Sekali masak je senang dan cepat.

Haa, jom saya kongsikan beberapa resepi ayam yang berkuah. Paling penting senang dan mudah je nak buat.

 

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Nak dapat resepi original kita kena tanyakan daripada Orang Negeri Sembilan untuk masak lemak cili api yang padu dan sedap. Tapi bila dah dapat tahu cara, terus buat untuk rasa. Memang sedap lah cerita dia.

Jom saya kongsikan resepi nak buat masak lemak cili padi ni.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

  • Ayam 1 ekor
  • Bahan diblend kasar/ditumbuk
  • Bawang merah 5 ulas
  • 3 biji ubu kentang
  • Cili hidup merah 8 tangkai
  • Cili padi hijau 15 tangkai (kalau tak tahan pedas 7 tangkai pun okey)
  • Kunyit hidup (agak-agak dalam setengah inci)
  • Garam
  • Santan pekat setengah cawan
  • Santan cair 1 cawan (guna santan fresh baru sedap tapi klau tak sempat,santan kotak pn tak apa)

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK LEMAK CILI API :

▶ Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam, kentang dan santan cair. Kacau dengan api perlahan smpai mendidih.

▶ Bila dah mendidih masukkan santan pekat. Tunggu sampai mendidih lagi sekali.

▶ Masukkan tomato dan tabur daun kunyit.  Kalau pekat sangat, tambah air ikut selera masing masing

▶ Perasakan dengan garam. Jika rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

Kredit Resepi – Mastura Mukhtar

 

RENDANG AYAM

Bila sebut rendang ayam, terbayang waktu hari raya makan dengan lemang atau ketupat palas. Sedapnya tu memang tak terkata.

Tapi bila tak raya nak buat untuk makan tengah hari pun sedap. Sediakan sekali pulut kuning. Sedapnya!

RESEPI RENDANG AYAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
  • 3 helai daun limau purut di hiris kasar
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

 

Bahan-bahan dikisar :

  • 20 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

 

CARA PENYEDIAAN RENDANG AYAM :

▶ Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

▶ Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.

▶ Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

▶ Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

▶ Gaul rata dan siap

Kredit Resepi – Zaky Mat Ali

 

KURMA AYAM

Lauk kurma ayam biasanya di makan bersama dengan nasi tomato atau nasi minyak. Jangan lupa acar timun sebagai pelengkap hidangan.

Kalau buat lauk masak kurma ni, boleh juga gunakan telur rebus selain daripada ayam. Rasa dia pun sedap dengan lemak-lemak santan dan wangi rempah kurmah.

RESEPI KURMA AYAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 60 gram bawang merah l dihiris
  • 40 gram bawang putih l dihiris
  • 3 biji bawang besar l dihiris
  • 5 biji kentang dipotong 4
  • 5cm kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 sudu makan serbuk kurma | campurkan dengan 125ml air
  • 250gm santan pekat
  • 7 biji cili hijau
  • 1 ikat daun pudina
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN KURMA AYAM :

▶ Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

▶ Selepas itu masukkan serbuk kurma dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

▶ Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga sebati.

▶ Masukkan santan, garam, ketang, hirisan bawang besar, cili hijau dan daun pudina. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga masak.

▶ Angkat dan sedia dihidangkan.

Kredit Resepi – Mariana Zainal

 

AYAM MASAK PALEMBANG

Bukan di Melaka je ada Palembang. Tapi dekat menu masakan ayam pun ada tau! Ayam masak Palembang ni asalnya daripada Indonesia. Tapi telah diolah oleh kita di Malaysia ni mengikut bahan-bahan yang ada.

Jadi, yang tak tahu macam mana rasa Ayam Masak Palembang ni, jom kita cuba.

RESEPI AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

(Bahan-bahan ni untuk 1 ekor ayam )

Bahan A (untuk dikisar) :

  • Bwg besar – 2 biji (sederhana)
  • Bwg putih – 5 – 6 ulas
  • Halia – besar ibu jari

 

Bahan B :

  • serbuk kunyit
  • Daun kari – 2 – 3 tangkai
  • Kicap manis – 1/2 cawan
  • Cili blend – ikut pedas ( 2 senduk nasi)
  • Asam keping – 2 keping besar
  • Santan – 100ml
  • Minyak untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK PALEMBANG :

▶ Gaul ayam dengan kunyit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan

▶ Panaskan minyak

▶ Tumis bawang besar , bawang putih , halia sampai naik bau

▶ Masukkan cili kisar.

▶ Tumis sampai pecah minyak.

▶ Masukkan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.

▶ Masukkan daun kari dan masak sekejap beberapa minit.

▶  Tumis sebentar. Masukkan garam dan gula secukup rasa

▶ Masukkan asam keping.

▶ Kemudian, masukkan ayam yang dkita goreng tadi dan biarkan masak sampai empuk

▶ Seterusnya, masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

▶ Bila dah mendidih, rasa. Jika dan okay, boleh padamkan api.

Kredit Resepi – Nurul Adira

 

AYAM MASAK PAPRIK ALA THAI

Nak makan lauk paprika, biasanya di kedai makan ala Thai. Barulah boleh dapat yang sedap dan wangi dengan serai nya.

Tapi, sekarang ni dah boleh dapat dari dapur rumah kita je. Resepi dah ada, kita follow je step by step. Hasilnya pasti akan marvellous!

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK ALA THAI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 keping dada ayam – hiris nipis
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • ½ inci halia – hiris halus
  • ½ labu bawang besar – hiris memanjang
  • ½ cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
  • Bahan Sayuran
  • 2 biji putik jagung – dihiris
  • 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
  • bunga kobis – dipotong kecil
  • ½ biji karot – dihiris memanjang

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK PAPRIK ALA THAI :

▶ Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.

▶ Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum.

▶ Kemudian masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

▶ Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

▶ Masukkan serai, air, dan daun limau purut. masukkan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.

▶ Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

▶ Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Kredit Resepi – Suhaili Shamsudin

 

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI

Bila kita gunakan daun kari sebagai salah satu bahan, dah boleh bayangkan dah bau wangi masakan kita tu kan.

Ayam masak kicap daun kari ni sangat sedap sebab perasa masin kicap dengan wangi bau daun kari. Kalau dapat makan ni, boleh bertambah lah nasi.

RESEPI AYAM MASAK KICAP DAUN KARI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 ketul ayam- gaul garam dan serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari
  • ½ cawan kicap manis
  • ½ cawan air
  • ½ biji limau purut( @ 1 sudu air asam jawa)
  • ½ bawang besar- hiris bulat
  • 5 cili padi hijau- belah 2
  • 1 sudu teh garam
  • minyak

 

Bahan Blend:

  • 5 cili kering
  • 2 bawang putih
  • ½ bawang besar

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KICAP DAUN KARI :

▶ Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tak perlu goreng garing, sekadar untuk bagi ayam masak sahaja

▶ Tinggalkan agak- agak 2 sudu minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari.

▶ Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak

▶ Masukkan kicap manis dan ½ cawan air.

▶ Masukkan pula ayam goreng tadi, garam dan jus limau purut.

▶ Sesuiakan rasa dan tabur bawang hiris, cili padi hiris dan matikan api

Kredit Resepi – Nur Farhana Ismail Ann

 

AYAM MASAK MERAH

Kalau ke kenduri kahwin, ayam masak merah dah jadi macam menu wajib ada kan. Kadang-kadang itu lah lauk yang paling cepat habis berbanding lauk yang lain.

Sebab ayam masak merah memang sedap rasa dia. Tak boleh nak tolak kalau dihidang depan mata. Makan pula dengan nasi minyak, dan papadom. Sekejap je boleh habis.

RESEPI AYAM MASAK MERAH

bahan-bahan diperlukan adalah :

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit

 

 Bahan-bahan kisar :

  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

 

 Bahan Hias :

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :

▶ Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.

▶ Goreng sehingga setengah masak

▶ Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau.

▶ Dah naik bau, barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

▶ Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

▶ Perasakan dengan garam dan perencah cukup rasa (jika ada)

▶ Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Kredit Resepi – Resepi Pembuka Selera

BACA JUGA: Resepi Spicy Korean Chicken Yang Sedap Dan Lembut. Penggemar Makanan Korea Memang Wajib Cuba Ni

AYAM MASAK BLACK PEPPER

Fuuh! Kalau buat ayam masak black pepper ni, confirm korang akan suka. Rasa dia memang terbaik. Beberapa kali buat lauk ayam black pepper ni mesti akan habis licin.

Kalau korang belum rasa lagi, saya cadangkan buat segera. Confirm korang akan suka. Kepada yang nak belajar macam mana nak masak dia, jom saya kongsikan.

RESEPI AYAM MASAK BLACK PEPPER

 Bahan perapan ayam :

  • Ayam 10 ketul
  • 2 sudu tepung jagung
  • Serbuk lada hitam
  • Kicap manis
  • Sos tiram

 

 Bahan tumisan :

  • 6 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang kecik
  • sedikit halia
  • 2 sudu lada hitam

 

Bahan lain :

  • 1 biji bawang besar
  • Daun sup
  • Daun bawang dan batangnya sekali
  • 1 biji lada besar

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK BLACK PEPPER :

▶ Perap ayam dengan bahan-bahan perapan

▶ Blend bawang putih, bawang kecik, halia dan lada hitam.

▶ Panaskan minyak, dah panas masukkan bahan blend tadi.

▶ Kacau rata sehingga naik bau wangi satu rumah

▶ Tutup kuali supaya ayam cepat masak.

▶ Sesekali bukak kuali, masukkan hirisan halia dan carrot.

▶ Masukkan sos lada hitam, dan kicap. Kacau rata

▶ Dah menggelagak masukkan garam  dan hujung sudu gula.

▶ Kalau dah sekata semuanya, masukkan bawang besar, daun sup, daun bawang beserta batangnya dan juga cili hijau.

▶ Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung untuk likat dia. Gaul.

Siaap untuk dihidang. Yeaaay!

 Kredit Resepi – Port Resepi

 

GULAI AYAM KELANTAN

Orang Kelantan kalau ke kenduri akan sebut nak g makan gulai. Maksudnya, nak pergi kenduri lah tu. Biasanya lauk gulai ayam ni pasti akan ada di kenduri.

Atau di Kawasan kita, ramai yang jual nasi kak wok atau bigwok menggunakan gulai ayam ni lah sebagai kuahnya. Rasanya memang sedap!

RESEPI GULAI AYAM KELANTAN

Bahan bahan yang digunakan adalah :

  • 3 sudu besar serbuk gulai Kari adabi
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Serbuk cili sedikit
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia & lengkuas
  • Kerisik kelapa
  • Lada kering
  • Garam
  • Gula Melaka
  • Lada hijau solok Kelantan
  • Asam keping
  • Ubi kentang – belah 4
  • Santan secukupnya
  • Daun Pandan – jika suka

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GULAI KELANTAN :

▶ Kisar bawang putih, besar, merah, halia dan lada kering sampai lumat

▶ Masukan minyak dalam periuk tunggu panas sedikit dan masukan bahan yg di kisar tadi.

▶ Kemudian masukan rempah kari gulai, serbuk cili , serbuk kunyit , kacau sampai naik minyak , masukan kerisik , gula melaka @ nise kerek.

▶ Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau seketika sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan santan.

▶ Setelah santan mendidih, masukkan garam dan gula Melaka serta asam keping. Setelah sesuai dan secukup rasa, bolehlah dimasukkan lada hijau.

▶ Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Kredit Resepi – Siti Rokiah Mohd Nawawi

 

SUP AYAM HALIA LADA HITAM

Bila sebut sup ayam, sudah pastilah tahu ianya mudah dan senang nak buat. Dan rasanya jugak sedap. Kalau nak cepat, anak-anak punya lauk sup ayam dengan fishball pun sedap.

Tapi kali ni resepi yang saya nak kongsikan adalah sup ayam halia lada hitam. Sup ayam yang sihat untuk kita makan.

RESEPI SUP AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam satu mangkuk sup kecil
  • Serai sebatang di potong dan diketuk
  • Halia di hiris
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah dan
  • sedikit daun bawang
  • 1 sudu gula
  • garam secukup nya

 

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM HALIA LADA HITAM :

▶ Masakkan air sehingga mendidih.

▶ Tumbuk bawang merah, 3 ulas bawang putih dan lada hitam.

▶ Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam gula ke dalam periuk.

▶ Tutup dan biarkan ia masak.

▶ Selepas ayam sudah masak masukkan 2 ulas bawang putih dan daun bawang

▶ Siap dimasak dan sedia dihidangkan

Kredit Resepi – Lin Zalika

Lepas ni tiada lagi masalah kalau ada ayam dalam peti ais kan. Bukak je perkongsian yang saya share ni, banyak idea boleh dapat untuk masak lauk ayam berkuah ni.

Dalam 10 resepi yang saya kongsikan ni, saya cadangkan korang cuba dulu resepi ayam masak black pepper. Memang terbaik!

Kepada yang baru nak belajar dari resepi yang saya kongsikan ni, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open