Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Manis Yang Lembut Didalam Dan Rangup Diluar. Bulat Elok Bentuk Cucur Ni!
Nah, resepi cucur manis untuk korang si penggemar cucur. Boleh try buat cucur ni untuk hidangan minum petang kat rumah nanti. Confirm korang suka! Bentuk cucur pun elok je bulatnya. Lembut di dalam dan rangup diluar.
Adunan cucur ni tak sama dengan cucur yang biasa kita buat. Nak kata macam adunan donut pun tak jugak. Tekstur adunan cucur ni agak melekat sedikit di jari. Sebab tu kita kena basahkan tangan untuk bentukkan cucur ni nanti.
Buat bulat semua adunan dulu, baru lah mula menggoreng! Dulu pernah jugak try buat cucur ni. Serious memang sedap! Korang yang tak biasa buat kuih pun boleh buat cucur ni tau! Sangat mudah cara penyediaannya.
Resepi cucur manis ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Reha Rahma. Kat mana-mana resepi ni viral. Hasil perkongsian Cik Puan Reha rahma, resepi ni dah dapat 5.2k share kat Facebook.
RESEPI CUCUR MANIS
Wah! Tak sabar nak buat. So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan cucur manis ni. Bahan-bahan dan step memasak boleh rujuk seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tepung gandum 2 cawan
- Gula 5 sudu makan
- Garam 1 sudu kecik
- Soda bikarbonat 1 sudu kecik
- Air panas 2 cawan
CARA PENYEDIAAN CUCUR MANIS :
▶️ Gaul sebati semua bahan-bahan.
▶️ Tunggu adunan suam bolehlah buat bulat-bulat.
▶️ Guna tangan, basahkan tangan guna air supaya adunan tak melekat.
▶️ Masukkan dalam minyak panas, goreng dengan api sederhana.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Udang Butter Milk Simple Giler. Confirm Makan Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!
Korang memang kena try resepi ni. Buat untuk minum petang esok. Teruja pulak dapat bentuk cucur bulat cantik macam bola ni kan. Sebelum ni macam-macam bentuk cucur yang kita dah biasa buat. Takde bulat elok macam ni la. Cara ni memang senang!
Tekstur dia lembut di dalam dan agak rangup di luar. Rasa lemak manis pulak tu. Api jangan panas sangat masa nak goreng cucur ni, mana yang dah warna perang-perang tu boleh naikkan dulu. Masak guna api sederhana je.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Reha Rahma kerana sudi berkongsi resepi cucur manis yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!