Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Udang Butter Milk Simple Giler. Confirm Makan Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

0 68

Resepi udang butter milk ni atas citarasa masing-masing. Nak letak cili api boleh, tak nak letak pun boleh. Untuk korang yang suka makan pedas, elok la letak cili dalam udang masa butter milk ni. Takut korang rasa muak pulak time makan nanti.

Masak butter milk ni takde la susah mana pun. Selain menggunakan udang, masak butter milk jugak boleh digantikan dengan ayam, ketam dan jugak sotong. Tak perlu makan mahal-mahal kat kedai lagi. Rasa dia pun belum tentu sedap. Betul tak?

Sekarang zaman semua resepi dah ada kat hujung jari. Google je! Aku pun tak reti jugak masak-masak ni. Kalau nak makan bagai-bagai, kekadang cari dulu resepi dia kat google. Kalau senang, terus je beli bahan dan masak.

Udang masak butter milk ni memang kesukaaan ramai orang. Kalau makan kat luar, boleh tahan mahal jugak harga lauk ni. Masak sendiri boleh asah skill sekali, betul tak. Korang nak adjust rasa ikut tekak masing-masing pun boleh.

Resepi udang butter milk yang simple giler nak buat ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Fairuz Abu Hassan. Confirm korang suka resepi ni. Kalau tak cuba, mana nak tahu sedap ke tidak kan. Jom try masak lauk ni.

RESEPI UDANG BUTTER MILK SIMPLE GILER

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan udang butter milk yang simple giler nak buat ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Udang galah@apa je la udang yang sizenya besar @ sederhana
  • Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
  • Susu cair dalam setengah tin (nak berkuah boleh letak lebih)
  • Bawang putih 7 ulas (dikisar halus)
  • Cili api kalau suka (ditumbuk@kisar halus bersama bawang putih)

CARA PENYEDIAAN UDANG BUTTER MILK SIMPLE GILER MENJILAT JARI : 

▶️ Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.

▶️ Guna bekas goreng udang tadi, tumis bawang putih.

▶️ Bila dah agak garing, masukkan susu dan garam.

▶️ Kacau sebati dan masukkan udang.

▶️ Masak sehingga pekat. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Talam Ubi Kayu Yang Lemak Manis. Kuih Lembut Dan Confirm Sedap Weh!

 

Dah siap pun! Wah, betul-betul menyelerakan udang masak butter milk ni. Korang yang suka berkuah, boleh letak susu lebih nanti. Butter pulak lagi sedap bila letak banyak. Korang try dulu untuk mula-mula ni. Dah cuba sekali, boleh la adjust rasa yang lain nanti.

Make sure korang beli udang yang fresh baru seronok nak makan. Dapat pulak udang besar-besar, lagi sedap. Ratah lauk udang masak butter milk ni macam tu je pun dah sedap weh. Sampai licin pinggan la dibuatnya. Seafood lover, kena try resepi ni!

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Fairuz Abu Hassan kerana sudi berkongsi resepi udang butter milk yang simple giler ni di Facebook. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open