Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Dan Ikan Dori Masak Lemon Yang Super Sedap. Hidangan Ala Hotel 5 Star Gitu!

0 8,356

Sejak-sejak PKP ni, mesti ramai antara kita yang telah bertukar hobi kepada memasak kan? Apa kata hari ini kita mencuba resepi baru yang menggunakan fillet fish iaitu ayam dan ikan dori masak lemon. Hidangan ala hotel 5 star gitu!

Ikan dori boleh dibeli dibahagian sejuk peku dipasaraya seperti tesco, mydin, giant dan lain-lain. Untuk memasaknya, biarkan ikan dori mencair dahulu sebelum dibersihkan. Sesetengah orang akan membersihkannya menggunakan cuka.

Ikan dori akan dipotong kecil dan digoreng menggunakan tepung gandum dan telur sebelum disiram dengan kuah sos lemon. Begitu juga dengan ayam. Bahagian yang sesuai untuk dimasak lemon adalah peha atau dada.

Untuk bahagian peha ayam, buang tulangnya dan ambil bahagian isi saja. Masak lemon ini sangat sesuai dimasak dengan bahagian isi ayam dan isi ikan sahaja. Bimbang dengan rasa masam pada lemon?

Jangan bimbang rasanya tak akan semasa buah lemon kerana untuk menstabilkan rasanya penggunaan madu sangat diperlukan. Apa kata kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Parmiati Binti Suyudi ini.

 

RESEPI AYAM DAN IKAN DORI MASAK LEMON 

Mungkin ada antara kita yang biasa melihat hidangan ini dihotel kerana resepi ikan dori masak lemon ini juga merupakan satu hidangan ala-ala hotel 5 star. Sebab tu menggunakan fillet fish. Susah tau nak makan bertulang kat hotel ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kuah :
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia muda (diparut atau ditumbuk lumat)
  • Minyak bijan (untuk menumis)
  • 3 cwn air masak
  • 1 setengah biji lemon (ambil jusnya, kalau nak masam lebihkan)
  • 4 sd mkn honey
  • 3 sd mkn gula pasir
  • 1 sd mkn garam
  • Secubit kunyit (untuk warna kuning)
  • 4 sd mkn tepung jagung (larutkan dengan air)

 

Bahan untuk ikan dori masak lemon :
  • Ikan dori (dipotong kecil)
  • Tepung gandum
  • Telur

 

Bahan untuk ayam masak lemon :
  • 9 ketul peha ayam/ dada
  • 1 biji telur.
  • 5 sd mkn tepung jagung
  • 1 sd mkn sos tiram
  • 1 sd kecil garam
  • 1 sd kecil lada sulah 

 

CARA PENYEDIAAN AYAM DAN IKAN DORI MASAK LEMON :
Cara penyediaan kuah :

▶️ Goreng bawang putih dan halia tadi hingga layu.

▶️ Masukkan air garam, gula, honey, jus lemon dan secubit serbuk kunyit.

▶️ Rebus hingga mendidih lalu masukkan tepung jagung yang dilarutkan tadi.

▶️ Masak kuah hingga mendidih dan pekat. Kalau nak letak pati ayam dalam kuah sos lemon ni pun boleh juga ye. Dan kalau takde honey tuangkan gula yang lebih.

Cara penyediaan ikan dori masak lemon :

▶️ Keping ikan dori dipotong kecil-kecil.

▶️ Salut dengan tepung gandum, kemudian salut dengan telur.

▶️ Goreng sampai masak dan kuning keemasan. Angkat!

▶️ Tuangkan kuah lemon di atas ikan dori. Siap!

 

Cara penyediaan ayam masak lemon :

▶️ Ayam bahagian peha tadi tu kena buang tulangnya. Buat macam ayam untuk chicken chop. Basuh bersih ayam dan toskan.

▶️ Gaul ayam dengan telur, tepung jagung, sos tiram, garam dan sedikit lada sulah. Gaul sebati and goreng hingga masak.

▶️ Tuangkan kuah lemon diatas ayam goreng. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Cekodok Pisang Manis Buat Minum Petang Anda Sekeluarga. Kulit Rangup Dan Isinya Pula Lembut!

 

Siap untuk dihidang kedua-dua hidangan! Tak nak masak kedua-dua pun boleh. Pilih salah satu yang anda suka. Sangat sesuai dijadikan manu rumah terbuka. Dapatlah para tetamu anda menikmati hidangan ala hotel 5 star.

Kekadang bosan juga makan masakan yang hampir sama setiap hari. Apa kata kali ini beli fillet ikan dori dan cuba buat resepi masak lemon ini secara homemade. Memang puas hati. Anak-anak nak makan pun mudah sebab lauk dihidang tidak bertulang.

Lepas ni nak cuba pelbagai resepi menarik, search je di blog ni. Macam-macam hidangan lauk pauk, kuih muih yang ada. Semoga resepi ayam dan ikan dori masak lemon ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open