Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Popia Pisang Goreng Coklat Berkeju Yang Mabeles. Rangup Dan Manis Hasilnya!
Sekarang ni banyak sangat resepi yang diubah suai. Termasuklah resepi popia pisang goreng coklat berkeju ini. Pisang akan dihiris nipis dan ditaburkan kepingan atau parutan keju diatasnya sebelum dibungkus menggunakan kulit popia.
Kulit popia banyak kegunaanya. Pelbagai hidangan yang boleh dibuat daripada kuli popia ini. Kebiasaanya kuih popia goreng akan diintikan dengan sayur-sayuran. Boleh juga diinitikan dengan sosej, jejari ketam, mee dan pisang seperti resepi ini.
Sangat ramai penggemar resepi yang menggunakan kulit popia. Apatah lagi bila hidangan itu berkeju dan dicurahkan coklat nutela. Keju untuk resepi ini akan mencair bila digoreng dengan itu kulit popia perlu dilipat dengan betul.
Anda juga boleh menggunakan mozzarella cheese sebab rasanya yang kurang masin. Kalau anda menggunakan cheddar atau parmesan cheese pula agak masin. Jadi, anda boleh pilih mana-mana cheese yang anda suka.
Resepi popia pisang goreng coklat berkeju ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Puteri A Aziz. Sangat mudah dan pastinya disukai ramai. Boleh dihidang bila-bila masa anda suka.
RESEPI POPIA PISANG GORENG COKLAT BERKEJU
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan pisang goreng coklat berkeju ini. Rangup diluar dan pastinya lembut didalam.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit popia (jenama KG Pastry atau jenama lain)
- Pisang emas atau apa-apa pisang sederhana ranum
- Keju (kepingan atau parutan)
- Putih telur dari sebiji telur (sebagai pelekat)
- Minyak secukupnya
Bahan hiasan:
- Gula perang
- Serbuk kayu manis
- Chocolate ganache
- Nutella
- Aiskrim vanilla
- Coklat M&M
CARA PENYEDIAAN POPIAH PISANG GORENG :
▶️ Letakkan keju dan hirisan pisang ke atas kulit popia.
▶️ Gunakan telur putih untuk melekatkan kulit popia. Ikut cara gulungan seperti didalam gambar untuk mendapatkan gulungan yang kemas.
▶️ Goreng dengan api yang sederhana.
▶️ Agak masak hingga warna keemasan, angkat dan toskan selama 3-4 saat.
▶️ Golekkan popiah ke dalam campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
▶️ Hidangkan bersama-sama aiskrim vanilla, nutella, chocolate ganache dan kepingan badam atau coklat M&M.
BACA JUGA: Resepi Ayam Dan Ikan Dori Masak Lemon Yang Super Sedap. Boleh Terangkat Dibuatnya!
Siap untuk dihidang! Marvellous hasilnya sehinggakan menjilat jari dibuatnya. Boleh juga dijadikan pemanis mulut bila anda membuat rumah terbuka. Sekali sekala nak buat popia manis macam ni seronok juga.
Kalau dah bosan makan pisang goreng cheese bercoklat, apa kata kali ini anda mencuba resepi pisang yang bersalut kulit popia yang digoreng ini. Tak perlu mencelup dengan tepung gantikan dengan kulit popia sahaja.
Resepi ini pasti disukai ramai. Gerai pisang goreng cheese pun dah ramai yang beratur, apatah lagi resepi popia pisang goreng coklat berkeju ini. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!