Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Berempah Kerutuk Yang Rangup Dan Padu. Sorang Seketul Serious Tak Cukup!

0 613

Resepi ayam berempah kerutuk ini sangat sesuai dimakan dengan nasi kukus. Dimana ayam berempah ini menggunakan serbuk kerutuk dalam bahan perapannnya. Rempah kerutuk sinonim dimasak dengan daging, yang dipanggil sebagai daging kerutuk.

Daging masak kerutuk pula merupakan masakan yang terkenal di Kelantan. Untuk resepi ayam berempah kerutuk ini, tekstur ayamnya seakan ayam goreng berempah juga tapi ayam yang digoreng akanberperisa kerutuk.

Yang membuatkan ayam tu berhabuk garing adalah penggunaan serai yang telah dikisar halus. Serat serai tadi bila digoreng menyebabkan bau ayam berempah tu lebih wangi dan terhasillah habuk garing tadi.

Daun limau putut akan dihiris halus untuk mewangikan lagi masakan. Ayam berempah ni sangat sedap bila dimakan dengan sambal dan gulai. Kalau pandai buat, boleh hidang sekali. Padu sangat rasanya.

Rugi lah bila kita dah tahu resepinya mudah dan beli lagi kat luar. Masak sendiri ni lebih puas hati. Anda wajib cuba resepi ayam berempah kerutuk yang dikongsikan oleh Cik Puan Hana A Razak.  Sorang seketul tak cukup tau.

 

RESEPI AYAM BEREMPAH KERUTUK

Ayam tu lagi sedap bila diperap lama. Kalau nak makan esok, malam ni dah boleh perap. Simpan je dalam peti. Esok nak makan tengahari boleh keluarkan. Jom lihat bahan memasak satu persatu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 peket rempah kerutuk
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • Ketumbar (dikisar)
  • Jintan manis (dikisar)
  • Jintan putih (dikisar)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Daun limau purut (dihiris halus)

CARA PENYEDIAAN AYAM BEREMPAH KERUTUK :

▶️ Kisar serai dan halia, kalau nak tumbuk pun boleh.

▶️ Lepas tu campur biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih dalam secubit gitu. Kisarkan lagi sekejap.

▶️ Lepas tu salutkan dengan serbuk kerutuk dan serbuk kunyit. Perasakan dengan garam.

▶️ Masukkan juga daun limau purut yang telah hiris halus tadi. Gaulkan semesranya. Perapkan dalam sejam baru goreng.

▶️ Masa nak goreng tu lumurkan sikit minyak, bagi rangup bahagian luarnya.

▶️ Panaskan minyak, goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak.

 

BACA JUGA: Resepi Chocolate Cheese Brownies Bakar Yang Moist Dan Sedap. Anak-Anak Pasti Suka!

 

Siap untuk dihidang! Bila kepasar malam, ayam berempah macam ni selalu sangat kita temui. Untuk kali ini kita akan mencubanya secara homemade. Tak perlu beli diluar lagi. Bahan perapan ayam pun mudah je nak perolehi.

Untuk anak-anak, mereka nak makan dengan sos pun sedap. Esok confirm meraka nak lagi. Dah ada resepi boleh buat secara homemade. Tak perlu beli kat pasar malam lagi. Lebih jimat dan terjamin bersih.

Nak raya haji nanti, bolehlah selitkan resepi ayam berempah kerutuk ni. Pasti tetamu suka. Doa banyak-banyak supaya ada keajaiban kita dapat beraya dengan keluarga kali ni. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open