Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Butter Honey Chicken Wing Grill Yang Simple Dan Sedap. Anak-Anak Memang Suka!
Apa lauk yang anak-anak anda suka? Pernah cuba resepi butter honey chicken wing grill? Resepi ini antara resepi yang sangat simple dan pastinya enak. Kepak ayam merupakan bahan utama yang diperlukan dalam penyediaannya.
Lain-lain bahan yang diperlukan tidaklah renyah. Cuma memerlukan 5 bahan memasak sahaja. Ayam juga tidak dimasak menggunakan minyak tapi menggunakan butter. Ala-ala kepak ayam madu pizza hut hasilnya!
Sesuai sangat dihidang buat anak-anak kerana anak-anak suka dengan kepak ayam. Biasanya digoreng menggunakan tepung bestari ala-ala kfc tapi hari ini kita hidangkan pula mereka dengan btter honey chicken wing grill ini. Mesti mereka seronok.
Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Norhafizan Ezan Sulaiman. Tidak mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Boleh dimasak menggunakan kuali panggang ajaib je.
Rasanya juga manis dan sedikit pedas sos. Sangat wangi disebabkan gabungan dua bahan iaitu butter dan juga bawang putih. Kalau sukakan bijan, anda boleh sangai bijan terlebih dahulu sebelum menaburnya pada ayam yang siap dimasak.
RESEPI BUTTER HONEY CHICKEN WING GRILL
Rasa ayam juga sangat juicy boleh rasa sejauh mana keenakannya selepas anda mencubanya. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat 5 bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 sdb Butter
- 5 ulas Bawang putih (dihiris kasar)
- 3 sdb Madu
- 3 sdb Sos cili
- Kepak ayam
CARA PENYEDIAAN BUTTER HONEY CHICKEN WING GRILL :
▶️ Panaskan kuali dan cairkan butter.
▶️ Masuk 5 ulas bawang putih yang dihiris kasar.
▶️ Kemudian, masukkan madu lebih kurang 3 sudu besar.
▶️ Masukkan pula sos cili dan gaul rata bahan tumisan.
▶️ Masukkan ayam dan tutup periuk dengan penutup periuk supaya ayam empuk. Gaul sebati.
▶️ Masak sampai kering dan nampak kehitaman. Kemudian tutup api.
BACA JUGA: Resepi Cookies Ala-Ala Famous Amos Yang Melt Dan Creamy. 90% Rasa Dan Teksturnya Macam Famous Amos!
Siap untuk dihidang bersama nasi putih panas-panas. Nak makan dengan sayur campur tumis pun sedap. Yang nak diet anda juga boleh menyediakan resepi ini untuk makan malam anda. Tapi jangan makan dengan nasi pula.
Sekali cuba pasti anak-anak nak lagi. Lebih-lebih lagi dimusim PKP ni, anak-anak asyik lapar je. Boleh beli kepak ayam buat stok dalam peti dan hidangkan mereka dengan lauk sempoi tapi cukup menyelerakan ini.
Banyak lagi resepi simple yang anda boleh cuba sepanjang PKP ni. Search je kat blog ini. Semoga resepi butter honey chicken wing grill ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!