Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chocolate Cheese Brownies Bakar Yang Moist Dan Sedap. Anak-Anak Pasti Suka!
Resepi chocolate cheese brownies bakar ini sangat moist dan sedap. Sesuai sangat dijadikan kudapan dan dihidang buat para tetamu yang datang berkunjung kerumah anda. Ramai juga yang jadikan brownies ni sebagai kek sambut hari jadi.
Kek ini akan dimasak 2 kali yang mana ianya mempunyai 2 lapisan. Lapisan pertama brownies manakala toppingnya pula berperisa cheese. Selepas lapisan brownies masak, dituangkan pula adunan topping diatasnya dan dibakar lagi sekali.
Jangan bimbang tak hangus kek tu. Ikuti tips membakarnya disini. Pasti menjadi! Brownies ni ramai penggemarnya sebab teksturnya yang padu dan rasa puas nak makan. Kalau beli kat luar, mahal juga harganya. Lebih baik buat sendiri.
Kalau buat sendiri ni lebih jimat, terjamin bersih dan boleh asah skill kita nak baking. Anda lebih puas hati melihat hasilnya nampak gebu je. Kalau buat portluck ke tempat kerja brownies ni laku keras tau.
Resepi chocolate cheese brownies bakar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Azza Ahsani. Ramai juga yang share resepi ni, lebih kurang 3.5K share. Lihat je gambar yang beliau kongsikan dah terliur dibuatnya.
RESEPI CHOCOLATE CHEESE BROWNIES BAKAR
Kena selit resepi ni sebab kalau anak-anak nak makan brownies, ibu-ibu tak perlu beli kat luar. Beraksi je didapur, buat sendiri secara homemade. Bahan-bahan baking kita pecahkan kepada 3 bahagian ye dan semua sukatan guna cawan je.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 250g mentega yg di cairkan
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan susu pekat
Bahan B :
- 11/2 cawan tepung gandum*
- 1 sdt soda bikarbonat*
- 1 sdt baking powder*
- 3 biji telur (suhu bilik)
- 1 sdt esen vanilla
*Ayak semua bahan bertanda *
Bahan C : Topping
- 250g cream cheese
- 1 biji telur (suhu bilik)
- 1 cawan gula
CARA PENYEDIAAN CHOCOLATE CHEESE BROWNIES BAKAR :
▶️ Masak semua bahan A dengan api perlahan. Mentega tu cairkan dulu baru letak bahan-bahan lain.
▶️ Agak-agak dah sebati dan menggelagak, dah boleh tutup api dan sejukkan. Time ni dah boleh panaskan oven dlm 170°c atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
▶️ Sementara tunggu bahan A sejuk, pukul telur dan esen vanilla hingga kembang.
▶️ Masukkan telur yang dah dipukul kembang tadi ke dalam bahan A. Kacau sebati.
▶️ Kemudian, masukkan tepung sikit demi sediki dan gunakan kaedah kaup balik. Kacau sebati.
▶️ Sediakan loyang yang bersesuaian. Sapu sedikit mentega dan alas dengan wax paper. Guna loyang 7″x7″ dan masak 2x sebab boleh dapat banyak keping bila dipotong.
▶️ Untuk topping brownies, pukul cream cheese, gula dan telur hingga sebati. Tepek bahan C atas kek brownies yang dah masak tadi. Ratakan dan bakar balik.
▶️ Bakar dalam oven 170°c selama 45 minit atau hingga kek masak. Nak tau masak atau belum, cucuk dengan lidi. Kalau lidi kering masa ditarik keluar, maksudnya dah masak.
▶️ Dah siap! Time ni bakar dalam 15-20 minit atau bakar hingga keperangan.
BACA JUGA: Resepi Udang Butter Telur Masin Yang Terlajak Sedap. Peminat Udang Wajib Cuba Resepi Ni Memang Marvellous!
Mudahkan! Nak tahu serba sedikit tips yang beliau kongsikan? Ok, Tips brownies tadi cuma perlu di bakar dalam setengah jam je. Masa tu tekstur kek tengah sedikit lembab. Bila kita tepekkan cream cheese dan bakar balik, tektsure kek tak akan jadi kering.
Untuk penggunaan gula pada topping pula, boleh dikurangkan. Kalau ada resepi topping yang lain boleh cuba buat dengan brownies ni. Kalau nak buat kek birthday boleh deco toppingnya ikut kreativiti masing-masing.
Ramai rasanya yang dah tahu kenapa kek ini dipanggil brownies kan. Tak perlu explain lagi lah. Lepas ni dah boleh buat secara homemade ye. Semoga resepi chocolate cheese brownies bakar ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!