Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masalodeh Yang Rangup Diluar Gebu Didalam. Buat Sendiri Pasti Lebih Puas Hati!

0 1,190

Resepi masalodeh semakin diketahui ramai. Masalodeh bukan sahaja popular dalam kalangan kaum India tetapi ianya juga merupakan kudapan yang turut digemari oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Masalodeh atau nama lainnya iaitu vadai merupakan sejenis makanan orang India selatan.

Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Dan satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah.

Tekstur masalodeh ini ranggup di luar dan lembut didalam. Keenakannya memang tidak dapat dinafikan. Ianya selalu menjadi pilihan minum petang. Kudapan ini juga kebanyakkan dijual di pasar malam, pasar tani dan juga dikaki jalan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Aishah Razali kerana sudi berkongsi resepi masalodeh ini. Ianya pasti memudahkan para penggemar masalodeh untuk mencubanya dirumah.

Terdapat dua jenis kacang dal yang digunakan dalam masakkan india iaitu kacang dal berwarna kuning dan juga kacang dal berwarna putih. Tetapi, untuk penyediaan resepi masalodeh ini, kacang dal yang digunakan adalah kacang dal yang berwarna kuning.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Kacang dal
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 Sudu jintan besar
  • Cili kering (dihiris)
  • Daun kari (dihiris)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN MASALODEH :

▶️ Rendam kacang dal dalam 4 jam. Kemudian tos dan keringkan.

▶️ Bland kering kacang dal yang direndam tadi sehingga halus.

▶️ Campurkan kesemua bahan (bawang besar, cili kering, daun kari dan juga jintan besar)ke dalam bekas kacang dal.

▶️ Gaul sebati semua bahan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Bentukkan dan biarkan seketika sebelum digoreng.

▶️ Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga nampak kekuningan. Toskan sebelum dihidang.

 

BACA JUGA: Kuah Yong Tau Fu Viral. Buat Sendiri Lebih Puas Hati!

 

Siap! Mudahkan cara penyediaannya. Hidangan ini amat sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Ia perlu di goreng dengan minyak yang banyak untuk menghasilkan masalodeh yang garing dan cantik masaknya.

Masalodeh memang sedap di makan panas-panas. Kacang dal yang telah direbus dan dikisar membuatnya gebu dibahagian dalam. Ianya juga telah menjadi satu masakan india yang amat digemari oleh kalangan rakyat malaysia.

Semoga resepi masalodeh yang rangup diluar dan lembut didalam ini mampu memikat hati penggemar masalodeh. Lepas ni nak makan masalodeh tak perlu beli diluar lagi dah boleh buat ‘homemade masalodeh’. Buat sendiri lebih puas hati. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open