Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Siakap Mandi Telur Masin. Hidangan Yang Sedap Sampai Menjilat Jari!

0 316

Pernah cuba resepi ikan siakap mandi telur masin? Ianya merupakan hidangan yang mana ikan siakap akan digoreng terlebih dahulu sehingga garing dan di siram dengan kuah telur masin yang dimasak dengan mentega atau marjerin.

Hidangan ini sesuai dijadikan menu berbuka puasa dan makan malam. Kebiasaannya, hidangan yang special macam ini akan dijadikan menu buffet di restoran dan juga hotel-hotel mewah.

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis hidangan yang menggunakan telur masin atau serbuk telur masin antaranya ayam butter telur masin, ketam masak telur masin, butter prawn dan macam-macam lagi.

Selain dimasak 3 rasa, ikan siakap juga sedap dimasak dengan serbuk telur masin. Rasanya cukup sedap dan memang terbaik. Jadi, jom ikuti cara memasak ikan siakap mandi telur masin yang dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar.

Telur masin juga merupakan makanan yang menjadi kegilaan ramai. Hidangan berasakan telur masin ini, bila di beli diluar harganya juga boleh tahan mahal. Apa kata kita cuba resepi ini dirumah. Bolehlah berjimat sedikit.

 

RESEPI IKAN SIAKAP MANDI TELUR MASIN

Resepi ini boleh dimasak dengan menggunakan telur masin yang biasa dan boleh juga menggunakan serbuk telur masin sahaja. Kedua-duanya menghasilkan hidangan yang cukup menjilat jari. Jom follow cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan siakap (dibelah belakang)
  • 4 sudu makan serbuk telur masin (nak guna telur masin biasa pun boleh)
  • 3 sudu besar mentega/marjerin
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 sudu tepung bestari (original)
  • 12 biji cili padi (dihiris nipis)
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP MANDI TELUR MASIN :

▶️ Bersihkan ikan dan toskan sebentar.

▶️ Kemudian, gaulkan ikan dengan tepung bestari dan di goreng agak garing sedikit.  Bila ikan dah agak garing bolehlah diangkat dan ditoskan.

▶️ Di dalam kuali yang lain, panaskan mentega. Tumiskan bawang putih, cili padi, daun kari sehingga naik bau.

▶️ Kemudian, masukkan sedikit air. Kacau sebentar.

▶️ Seterusnya, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan siram kuah biar meliputi ikan.

▶️ Masukkan pula telur masin/serbuk telur masin dan garam secukup rasa. Kacau biar sebati. Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Masalodeh Yang Rangup Diluar Gebu Didalam. Buat Sendiri Pasti Lebih Puas Hati!

 

Siap untuk dihidang! Mudahkan cara penyediaanya. Rasanya yang manis-manis masin memang ngam dengan tekak. Sesuai sangat dihidang bersama nasi putih panas-panas. Boleh menjilat jari dibuatnya.

Telur masin dengan rasa masin yang sederhana adalah popular di kalangan semua peringkat umur. Telur masin (itik) juga merupakan pilihan yang baik untuk kalsium dan zat besi tambahan dalam tubuh badan manusia.

Semoga dengan adanya resepi ikan siakap mandi telur masin anda boleh mencubanya dirumah. Boleh dihidangkan buat kelurga tersayang. Anak-anak dan juga suami mesti suka. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open