Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Mochi Versi Melayu Inti Kacang Merah. Cuma Guna Sukatan Cawan Je, Lebih Mudah Dan Sedap!

0 7,404

Resepi kuih mochi merupakan kuih yang berasal dari jepun. Ianya juga mula digemari oleh rakyat Malaysia dan menyebabkan ia viral dimedia sosial. Kuih mochi mempunyai inti yang manis didalam dan mempunyai pelbagai warna.

Kuih ini diperbuat daraipada tepung pulut dan menyebabkan tekstur kuih mochi akan menjadi lembut dan kenyal. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Snow suger juga akan digunakan untuk menyaluti kuih mochi.

Kuih mochi boleh dimasak bila-bila masa sahaja, ianya juga sangat sesuai dijadikan kudapan minum petang bersama keluarga. Resepi kuih mochi yang akan dikongsikan ini menggunakan inti kacang merah yang siap dijual dikedai.

Kalau ikutkan resepi kuih mochi kali ini boleh dipanggil sebagai kuih mochi versi Melayu yang menggunakan kacang merah. Jom kita lihat perkongsian resepi kuih mochi ini dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Bazilah Ibrahim.

Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun. Tapi, di Malaysia pula, boleh kita jadikan pemanis mulut atau juadah minum petang bersama keluarga.

 

RESEPI KUIH MOCHI

Kuih mochi ini boleh dipelbagaikan juga intinya. Nak guna kacang hijau, mentega kacang, kaya pun boleh, yang penting inti kuih mochi kena manis. Jom kita lihat cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 200gm pes kacang merah (beli kat kedai bakery)
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan air
  • Sedikit pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN KUIH MOCHI :

▶️ Masukkan tepung pulut, air, pewarna dan gula ke dalam bekas dan gaulkan sebati.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam microwave selama dua minit atau kalau pakai pengukus 15 minit. Kemudian digaul sehingga adunan menjadi kental.

▶️ Taburkan tepung jagung di atas dulang dan letakkan adunan mochi di atasnya.

▶️ Bentukkan adunan jadi memanjang dan potong kepada beberapa bahagian kecil untuk membentuk mochi.

▶️ Ambil satu potongan mochi dan ratakan. Masukkan inti di tengah-tengah kuih dan tutup bahagian yang terbuka. Lakukan langkah yang sama sehingga adunan habis.

▶️ Golekkan kuih mochi di dalam snow sugar dan boleh terus dimakan.

 

BACA JUGA: Resepi Char Kuey Teow Ala Kedai Makan. Sedap Sangat, Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Nak guna gula kasar dan kisar sehingga halus pun boleh. Masa nak gulung gula tu jangan bagi kuih mochi dekat-dekat sangat nanti melekat susah nak pisah pula.

Anak-anak pun suka dengan kuih ni, memandangkan sekarang PKP, ibu-ibu kena banyak cari resepi kat google. Tak adalah bosan nak masak benda yang sama setiap hari.

Semoga resepi kuih mochi ini bermanfaat buat anda semua. Rugi tak cuba kuih dari jepun ni. At laest dapatlah merasa masakan luar negara kan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open