Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kole Kacang Lemak Manis Sukatan Cawan Je. Sedap Sangat Buat Menu Minum Petang!

0 10,466

Kole kacang merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Ianya sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga tersayang. Resepi kole kacang ini menggunakan tepung kacang hijau sebagai bahan utama.

Rasanya yang lemak -lemak manis sangat sesuai dengan selera kita. Tahi minyak yang ditabur dibahagian atasnya pasti menambah selera penggemar kuih ini.

Semakin banyak tahi minyak yang ditabur dibahagian atasnya, makan semakin sedaplah kuih ini. Sesetengah orang beranggapan cara penyediaan kuih ini sangatlah susah. Sebab itu ramai yang tidak mahu mencuba resepi ini.

Sebenarnya cara penyediaannya tidaklah renyah pun. Mari kita lihat resepi kole kacang yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Jannah. Pasti anda ingin mencubanya nanti.

Resepi ini cuma perlu menggunakan sukatan cawan sahaja, pastinya lebih mudah. Lepas ni nak buat sendiri cuma perlu ikuti je resepi yang dikongsikan ini. Cuba dulu baru tahu susah ke tidak.

 

RESEPI KOLE KACANG LEMAK MANIS

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa bahan-bahan yag diperlukan dalam penyediaan kuih kole kacang yang sedap ini. Dan kepada yang nak mencuba resepi ini untuk juadah minum petang anda boleh follow je cara penyediaannya dibawah ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk tahi minyak :
  • 3 cawan santan pekat
  • Secubit garam

 

Bahan-bahan adunan kuih :
  • 2 cawangula merah
  • 1/2 cawangula pasir
  • 1 cawanair
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawantepung kacang hijau goreng
  • 2 cawansantan pekat
  • 1sudu kecilgaram
  • 5 cawan /1 liter air panas

CARA PENYEDIAAN KOLE KACANG LEMAK MANIS :
Cara buat tahi minyak :

▶️ Mula-mula masak santan pekat dengan secubit garam hingga coklat keperangan. Sentiasa kacau sehingga terhasil tahi minyak.

▶️ Dah siap, tapis hingga kering.

 

Cara buat air gula : 

▶️ Dalam kuali masak air gula. Masukkan gula merah, gula pasir, air dan campakkan daun pandan.

▶️ Masak air gula hingga larut sepenuhnya. Bila air gula larut dan mendidih je terus tutup api. Jangan lama nanti air gula pekat.

▶️ Kemudian tapis air gula. Dan masukkan semula daun pandan dalam air gula yang ditapis.

 

Cara Buat adunan adunan kole kacang :

▶️ Sangai tepung kacang hijau dalam 5 minit dengan api yang perlahan.

▶️ Masukkan santan pekat, garam dan sedikit demi sedikit air panas sambil kacau menggunakan wish. Kacau hingga adunan tidak berketul-ketul.

▶️ Seterusnya, masukkan pula air gula merah yang kita buat tadi, gaul hingga adunan tepung kacang hijau masak dan pekat likat.

▶️ Bila dunan sudah sedikit pekat, keluarkan daun pandan. Teruskan kacau lebih kurang 30 minit. Sentiasa kacau untuk elak permukaan bawah hangus dan berketul-ketul.

▶️ Bila adunan betul-betul masak, masukkan minyak yang ditapis tadi untuk mengilatkan lagi adunan. Gaul rata.

▶️ Kemudian masukkan adunan dalam loyang 10x10x2 inci. Padatkan dalam loyang dan taburkan tahi minyak dibahagian atas.

▶️ Tutup dengan aluminium foil dan biarkan sejuk. Siap untuk dipotong!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Penyet Sambal Lado Super Padu. Menu Berbuka Puasa Yang Pasti Buat Anda Puas Hati!

 

Dah siap! Tak nak tutup guna aluminium foil pun tak apa. Sejukkan je pada suhu bilik. Dah sejuk nanti potonglah cantik-cantik dan hidang untuk minum petang.

Masa nak masak tepung kacang hijau tu kena masuk air sedikit demi sedikit. Fungsi air tadi untuk mempercepatkan lagi tepung tadi di masak. Kalau sukatan air 1 liter, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis air 1 liter.

 

Ha, susah tak nak buat kuih ni? Mudah je kan. Lepas ni bolehlah buat kuih kole kacang lemak manis homemade. Semoga resepi ini memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

 

Tips tepung kacang hijau masak dengan cepat tak perlu gaul lama-lama dan tips tahi minyak rangup boleh rujuk vidoe ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open