Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Paprik Ayam Ala Thai. Resepi Mudah Dan Sedap Dimakan Macam Kedai

0 7,168

Asal pergi makan di kedai, order nasi goreng paprik, nasi putih ayam paprik, paprik daging lah. Kalau dah suka dengan lauk paprik, jom saya kongsikan resepi padu sebijik rasa macam kedai Thai.

Bila dah rasa sekali, confirm akan repear buat sendiri je tak perlu lagi ke kedai semata-mata nak makan lauk paprik. Jom follow perkongsian dari Cik Puan Zaitong Syed Ahmed ni.

 

RESEPI PAPRIK AYAM THAI

Bahan -bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam – potong dadu
  • Garam secukupnya – lumur pada ayam
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • 2 hiris halia – tumbuk lumat
  • 1 sudu besar serbuk cili – campur sedikit air
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai – titik
  • Sos tiram secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap manis cap kipas udang secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 biji bawang Holland – dihiris
  • 2-3 tangkai kacang panjang – dihiris
  • ½ batang lobak merah – dihiris
  • Cili padi – ditumbuk kasar
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN PAPRIK AYAM THAI :

▶ Mula-mula sekali, ambil bawang putih dan halia. Tumbuk dua bahan ni sehingga lumat.

▶ Kemudian, hiris bawang holland, kacang panjang dan lobak merah. Hiris memanjang dengan saiz sesuai untuk dimakan.

▶ Jom, kita mula masak. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai hingga wangi.

▶ Kemudian masukkan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga sedikit masak.

▶ Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan ayam sedikit kecut.

▶ Tambahkan sos cili, sos tiram dan kicap. Perasakan juga dengan garam serta perasa dengan secukupnya. Biarkan seketika.

 

BACA JUGA: Cara Buat Tomyam Sedap Ala Thai. Rasa Lemak Berkrim Ni Pasti Buat Anda Menjilat Jari

▶ Seterusnya masukkan hirisan bawang, lobak merah serta sedikit air. Biarkan mereneh sekejap dan lobak masak sikit.

▶ Akhir sekali, masukkan hirisan kacang panjang dan daun limau purut. Gaul rata dan biarkan kacang masak. Dalam anggaran 5 minit macam tu, dah boleh padamkan api.

▶ Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Wah! Wangi betul bau lauk paprik kita nanti dengan bau limau purut tu. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.

Jika suka masak kering (kurang air), bolehlah sesuaikan dengan lauk lain yang berkuah seperti tomyam. Sedap juga kalau makan dengan paprik ayam tu nanti.

Kepada yang tak suka makan ayam, boleh gantikan kepada binatang lain seperti sotong, udang atau nak guna daging pun boleh. Buat ikut citarasa kita, insyaAllah pasti akan sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open