Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Jawa Atau Kuih Topi Yang Lembut Dan Manis. Kuih Lagend Yang Sedap Dan Disukai Ramai!
Cucur jawa atau kuih topi juga dikenali sebagai penyaram merupakan kuih tradisional zaman dulu yang menjadi kesukaan ramai. Bak kata pepatah “tak lekang dek panas, x lapuk dek hujan” kuih ini masih menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang.
Di sabah kuih ini sering dijadikan hidangan buat tetamu yang datang ke majlis kenduri kendara. Kebiasaannya, ia akan dijual di pasar minggu atau pasar sayur di Sabah. Untuk mendapat bentuk yang cantik, adunan kuih perlu diperam semalaman.
Kuih ini dikatakan menjadi apabila bahagian tepinya berbentuk geriting. Masa nak terbalikkan mesti rasa risau, takut bunganya tak menjadi. Sebab itulah kuih perlu diperam lama supaya bila menggorengnya bahagian bunganya menjadi.
Kuih ini menggunakan tepung gandum yang digabungkan dengan tepung beras. Penggunaan gula melaka dan gula pasir juga sangat diperlukan. Dimana ianya akan dicairkan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan tepung.
Resepi cucur jawa atau kuih topi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Amilda Amsuar. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi ataupun hidangan minum petang anda bersama keluarga.
RESEPI CUCUR JAWA ATAU KUIH TOPI
Teksturnya yang lembut ditengah dan sedikit garing dibahagian tepi, cukup disukai ramai. Kuih ini juga boleh dipanaskan semula bila sudah sejuk. Tapi tak perlu goreng lagi. Nak tahu tips panaskannya? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan Tepung Gandum
- 2 cawan Tepung Beras (cap teratai)
- 1 cawan Gula Melaka/ Gula Merah
- 1 cawan Gula Pasir
- 1 cawan Air Masak (proses larutkan gula)
- Secubit Garam
- Minyak (untuk menggoreng)
CARA PENYEDIAAN CUCUR JAWA ATAU KUIH TOPI :
▶️ Larutkan gula melaka dan gula pasir menggunakan 1 cawan air. Masak diatas dapur dalam periuk. Setelah gula larut, biarkan ianya sejuk.
▶️ Satukan tepung gandum dan tepung beras ke dalam bekas. Masukkan secubit garam.
▶️ Masukkan larutan gula yang telah disejukkan tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
▶️ Gaulkan kesemua bahan sehingga kepekatan adunan tidak terlalu likat atau cair. Kalau terlalu pekat masukkan sedikit air masak.
▶️ Pastikan adunan tidak berketul, kalau berketul tapis menggunakan penapis.
▶️ Peram adunan semalaman atau 4 hingga ke 5 jam untuk mendapatkan bunga yang cantik. Simpan dalam peti ais (chiller) dan keluarkan sejam sebelum menggoreng.
▶️ Adunan akan jadi sedikit pekat selepas diperam, tambah sedikit air masak dan bolehlah digoreng.
▶️ Goreng menggunakan minyak yang banyak (rujuk video) dalam facebook beliau dan pastikan menggunakan kuali yang berlekuk.
▶️ Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Ikan Puyu Pekasam Ori Kedah. Jom Follow Cara Penyediaannya Confirm Menjadi!
Mudahkan cara penyediaannya. Kuih tradisional macam ni tak patut dilupakan. Anda juga berperanan untuk memperkenalkannya pada anak-anak anda. Pasti ramai nak tahu macam mana nak panaskan kuih lagend ini kan?
Senang je, tak perlu goreng cuma perlu masukkan kuih dalam periuk nasi dan simpannya dibahagian atas nasi yang baru masak. Lebih kurang 5-10 minit kuih akan lembut, lembab dan panas. Boleh dimakan seperti yang digoreng tadi.
Siapa yang pertama kali membuat kuih ini dan berjaya membentuk bunganya mesti seronok. Semoaga resepi cucur jawa atau kuih topi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!