Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Ikan Puyu Pekasam Ori Kedah. Jom Follow Cara Penyediaannya Confirm Menjadi!

0 4,620

Ada yang rindu pekasam ori kedah? Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom follow cara mudah nak buat ikan puyu pekasam ori kedah disini. Selain ikan puyu, anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis ikan kesukaan anda.

Pekasam merupakan sejenis makanan yang diperam lama. Ianya juga cukup dikenali dan digemari rakyat Malaysia. Pekasam akan diperam dengan menggunakan beberapa bahan sahaja seperti beras, asam keping dan juga garam.

Beras akan dimasak sehingga keperangan sebelum dikisar halus dan dicampur dengan air garam hasil perapan ikan. Kemudiannya, ikan akan dilumur dengan beras hancur dan diselang selikan dengan asam keping.

Pekasam mempunyai sifat “semakin diperam, semakin sedap”. Cara memasaknya juga mudah. Goreng ikan pekasam terlebih dahulu dan ketepikan. Tumis pula bawang merah, bawnag putih, cili kering, cili api dan asam keping.

Bahan tumisan tadi dituang keatas ikan pekasam goreng tadi dan diperahkan dengan sedikit lemon. Memang sedap! Jadi, nak buat pekasam tu boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Arell Perezz. Beliau menggunakan ikan puyu ye.

 

RESEPI IKAN PUYU PEKASAM ORI KEDAH

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ikan puyu pekasam ori kedah ini difacebook. Semoga ianya bermanfaat buat semua penggemar pekasam kedah. Jom follow cara penyediaannya seperti dibawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan puyu (dibersihkan)
  • Garam
  • Asam keping
  • Beras

CARA PENYEDIAAN IKAN PUYU PEKASAM ORI KEDAH :

▶️ Basuh bersih ikan puyu dan buang bahagian kepala. Cuci sehingga tak hanyir. Nak guna ikan apa pun boleh.

▶️ Dah basuh bersih, rendam dengan air garam dan asam keping setengah hari atau sehari. Tuangkan juga sedikit air paras ikan.

▶️ Goreng beras sampai jadi warna coklat dengan api sederhana. Pastikan jangan sampai hangit.

▶️ Dah siap goreng, kisar kering beras goreng tadi.

▶️ Dah siap perap ikan tu, asingkan ikan dengan air garam.

▶️ Kemudian, ambil sedikit air garam dan bancuh dengan beras goreng. Agak-agak je kepekatannya dan jangan terlalu cair. Biarkan pekat.

▶️ Bila dah siap bancuh beras dengan air garam, celup ikan dan lumur dengan beras sehingga sekata.

▶️ Seterusnya, bila dah siap lumur bolehlah susun ikan puyu dalam tupaware secara berselang seli dengan asam keping. Biarkan seminggu kalau belum masam, boleh biarkan lagi lama.

 

BACA JUGA: Resepi Butter Cake Yang Lembab, Simple Dan Sedap. Yang Tak Pandai Baking Pun Boleh Cuba. Confirm Menjadi!

 

Siap! Nak tambah tips yang beliau tinggalkan difacebook. Kalau takut ikan hanyir, boleh gosok dengan daun serai masa nak basuh. Boleh juga letakkan sedikit cuka makan dalam bancuhan tepung untuk mengekalkan tekstur ikan masa menggoreng.

Untuk menghilangkan bau hanyir juga boleh tambahkan perahan asam limau di atas ikan tu sebelum disimpan dalam chiller. Semoga bermanfaat tips yang beliau berikan ini. Jadi ikan pekasam kita tak akan berbau hanyir.

Lepas ni tak perlu tempah atau beli diluar lagi, buat sendiri lebih jimat. Penggunaan  bahan pengawet juga boleh dikawal. Semoga resepi ikan puyu pekasam ori kedah ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open