Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Seri Muka Jagung Yang Lemak Manis. Resepi Simple Buat Minum Petang

0 4,297

Biasanya kita makan kuih seri muka pandan yang warna hijau tu kan. Tapi resepi kali ini saya kongsikan macam mana nak buat kuih seri muka menggunakan jagung.

Nak buat seri muka jagung kita akan gunakan jagung dalam tin boleh, nak guna jjagung fresh pun taka da masalah.  Terpulang yang mana mudah anda nak dapatkan.

Kuih seri muka ni bukan lah untuk minum petang sahaja, nak buat untuk minum pagi boleh atau ada juga yang buat untuk jualan. Jom saya share resepi daripada Cik Puan Sueosman Solo yang mudah ni.

 

RESEPI SERI MUKA JAGUNG

Untuk membuat kuih seri muka ni, ada dua lapisan. Jadi, kena buat untuk bahagian bawah dahulu barulah buat untuk bahagian atas.

Bahan-bahan yang digunakan untuk lapisan bawah adalah :

  • 350 gram beras pulut, basuh kemudian rendam dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian toskan air nya.
  • 200 ml santan cair. Boleh gunakan santan pekat, campurkan sedikit air.
  • 1 cawan jagung kernel. ½ cawan untuk lapisan bawah, ½ cawan untuk lapisan atas.
  • 1 sudu kecil garam
  • Loyang saiz 9 x 9 inci

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN BAWAH :

▶ Pulut yang sudah ditoskan tadi ke dalam Loyang. Tambahkan ½ cawan jagung kernel ke dalam Loyang. Ratakan.

▶ Kemudian masukkan santan (biar paras pulut sahaja) dan tabur garam ke dalam loyang.

▶ Kukus selama 25 minit hingga 30 minit.

▶ Bila dah masak, keluarkan Loyang dari periuk kukus. Tekan pulut dan padat-padatkan.

▶ Masukkan balik dalam periuk pengukus selama 20 minit lebih kurang.

▶ Ini adalah tip jika nak permukaan seri muka jadi licin dan cantik.

Bahan-bahan yang digunakan untuk lapisan atas  :

  • 800 ml santan pekat
  • 2 biji telur
  • 175g tepung gandum
  • 25g tepung jagung
  • 2 sudu besar pes jagung
  • pewarna kuning secukupnya
  • 230g gula pasir

BACA JUGA: Resepi Kek Yang Simple Dan Mudah Guna Sukatan Cawan. Sekali Buat Jer Comfirm Jadi!

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN ATAS :

▶ Campurkan semua bahan-bahan di atas, kecuali gula.

▶ Tapis bahan-bahan kemudian masukkan gula.

▶ Masukkan juga ½ baki jagung kernel

▶ 1 sudu kecil garam. Masak atas api yang sederhana sehingga naik wap. Kacau selalu.

▶ Bila dah sekata. Tuang adunan atas pulut tadi. Kukus sebentar dalam 20 minit.

▶ Kemudian, buka penutup periuk kukus. Jika nampak air bertakung, lap kan sahaja dengan tisu dapur.

▶ Biarkan loyang dalam pengukus yang terbuka penutupnya. Biarkan dalam 5 ke 10 minit.

** yang tak suka bau hanyir telur, bolehlah masukkan air daun pandan dalam 2 sudu besar dalam bahagian atas.

Lepas ni bertambahlah satu lagi menu resepi yang boleh kita buat. Kepada yang belum pernah cuba dan rasa kuih seri muka jagung ini mesti akan suka.

Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open