Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bingka Roti Durian Yang Enak. Cuma Guna Periuk Dan Bakar Atas Dapur Gas Je!
Musim durian lagi kan? Durian yang banyak kat kebun tu nak buat apa? Selain dijual, anda boleh mencuba pelbagai resepi yang menggunakan durian sebagai bahan utamanya. Contohnya resepi bingka roti durian yang cukup enak ini.
Yang seronoknya resepi ini tidak menggunakan oven. Sesiapa sahaja boleh menghasilkannya dirumah. Cuma perlu menggunakan periuk dan bakar atas dapur gas je. Bingka roti durian ini juga boleh dijadikan kudapan minum petang anda sekeluarga.
Kalau encik suami suka beli durian, apa kata ambil sedikit isi durian, untuk dijadikan bingka. Lembut je hasilnya. Anak-anak juga pasti suka. Resepi bingka ini menggunakan beberapa keping roti putih dalam penyediaanya.
Jadi, kalau ada roti putih yang dah nak expired, bolehlah dijadikan bingka. Takde lah membazir. Biasanya kuih bingka ini menggunakan labu, pandan dan biji kelapa sawit. Kali ni kita buat bingka durian pula.
Resepi bingka roti durian ini telah dikongsikan Cik Puan Norfazida Gda melalui laman Facebooknya. Cukup lembut dan ada sedikit kerak yang pasti anda suka. Raya haji pula dah nak dekat, boleh cuba resepi ni dan dibuat kudapan raya haji nanti.
RESEPI BINGKA ROTI DURIAN
Kalau oven rosak pun masih boleh buat bingka. Apa saja jenis bingka yang ada pasti disukai ramai. Lain bahan lainlah rasanya. Tapi tekstur bingka lebih kurang sama je semuanya. Jom kita lihat bahan meamasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5 keping roti putih
- 1/2 cawan susu cair/ santan
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum
- 1sb tepung beras
- 1/2sk garam
- 1/2sk esen vanilla
- 400ml santan
- 4-6 ulas isi durian
CARA PENYEDIAAN BINGKA ROTI DURIAN :
▶️ Carik-carikkan roti. Rendamkan dengan susu cair/ santan sekejap.
▶️ Campurkan telur, gula, tepung gandum, tepung beras, garam, esen vanilla dan santan. Kisar hingga sebati.
▶️ Tuangkan ke dalam bekas mengandungi roti tadi. Masukkan juga isi durian. Durian juga boleh dikisar sekali dengan bahan lain untuk rasa yang lebih sekata. Tapi nak bertompok pun takpe. Gaul semua bahan sebati.
▶️ Sapukan minyak pada periuk. Tuangkan adunan bingka. Tutup periuk. Masak dengan api paling perlahan selama 45-60 minit.
▶️ Jika bakar dengan oven, suhu 170C bergantung pada saiz oven masing-masing selama 45 minit api atas bawah. Apabila permukaan bingka keperangan, tukar api bawah sahaja.
▶️ Biarkan bingka sejuk dahulu baru dikeluarkan dari periuk/ loyang untuk dipotong. Siap!
BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Thai Yang Paling Simple Dan Sedap. Campak-Campak Je Jadi!
Siap untuk dihidang! Wah penggemar durian pasti tak sabar mencubanya. Sekali sekala cuba buat bingka apa salahnya kan. Dah buat banyak tu bolehlah kongsi rezeki dekat jiran sebelah. Saling menghulur dimusim PKP ni dapat bantu beban orang sekeliling.
Kes semakin hari semakin meningkat. Kita mampu berdoa je, virus Covid-19 ni diangkat Allah SWT dari muka bumi dan kita bebas dari penyakit. Semua dah rindu untuk balik kekampung jumpa keluarga dan mak ayah.
Kalau musim durian dikampung lagi seronok. Macam-macam resepi menggunakan durian boleh dibuat contohnya bubur durian, tempoya dan macam-macam lagi. Semoga resepi bingka roti durian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!