Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Goreng Thai Yang Paling Simple Dan Sedap. Campak-Campak Je Jadi!
Rasa rindu nak makan nasi goreng Thai di luar. Musim PKP ni dah tak boleh lepak makan diluar. Kedai makan diarahkan tutup waktu malam. Mungkin dengan ikuti perkongsian resepi nasi goreng Thai disini, anda boleh menyediakannya dirumah.
Sangat mudah, simple dan perlu campak-campak je semua bahan yang ada. Kalau ada lebihan nasi makan tengahari. Malam nanti bolehlah masak nasi goreng Thai ni. Yang paling penting tidak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaanya.
Bahan wajib adalah nasi putih. Anda boleh memilih lauk apa saja yang anda suka untuk dimasukkan dalam nasi goreng. Mungkin isi ayam, udang ataupun sotong. Bahan lain yang wajib ada dalam masakan Thai ialah penggunaan daun limau purut.
Dengan adanya daun limau purut, aroma masakkan akan lebih menyengat. Wajib juga menggunaakan cili api. Dimana masakkan Thai cukup terkenal dengan rasa pedas dan masamnya. Begitu juga dengan resepi nasi goreng Thai ini.
Dengan mengikuti perkongsian di Facebook Cik Puan Khadijah Jaafar, anda pasti dapat menikmati nasi goreng Thai ala-ala kedai makan yang tak kurang sedapnya. Hidangan nasi goreng Thai ini juga lengkap dengan sayur-sayuran.
RESEPI NASI GORENG THAI
Nasi goreng Thai lebih sedap bila dihidangkan dengan telur mata separuh masak ataupun telur dadar. Urmmm rasa teliur pula. Resepi dah mudah, tapi rajin ke tak nak masak kat dapur. Jom lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 mangkuk besar nasi
- 1 mangkuk kecil isi ayam/ udang/ sotong
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji cili api (dihiris)
- 3 helai daun limau purut (dihiris halau)
- Sayur lobak merah (dipotong kecil)
- Kacang panjang/kacang buncis (dipotong kecil)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu besar sos ikan
- Garam
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG THAI :
▶️ Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
▶️ Masukkan cili api dan kacau sekejap.
▶️ Masukkan ayam, daun limau purut, lobak merah dan kacang buncis. Kacau seketika.
▶️ Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan sos ikan. Masak sehingga ayamnya masak. Kalau ada udang atau sotong boleh gantikan dengan seafood lagi sedap.
▶️ Kemudian, masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya mesra.
▶️ Boleh perasakan dengan sedikit garam sebab sos tu dah masin. Kalau suka boleh letakkan sedikit ajinomoto.
▶️ Sedap dihidangkan panas dengan telur, sayur dan keropok.
BACA JUGA: Resepi Mini Pizza Maggi Atau Martabak Maggi Yang Mudah. Cuma Guna 3 Bahan Je!
Siap untuk dihidang! Nak tunggu PKP habis pun tak tahu bila. So, better masak sendiri dirumah. Lebih jimat. Nak masak banyak mana pun boleh. Nak tambah bila nasi dah habis sepinggan pun boleh.
Kalau kat kedai, rasa malu nak order lagi. Kat rumah takde siapa yang larang. Kalau ada lebihan nasi putih, pelbagai resepi nasi goreng yang ada boleh anda cuba. Termasuklah resepi enak ini.
Rasanya sangat ramai penggemar nasi goreng Thai. Kedai makan Thai juga antara pilihan ramai orang. Semoga resepi nasi goreng Thai ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!