Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Menarik Menggunakan Roti Gardenia. Roti Cheese Dan Crab Stick Yang Awesome!

Roti cheese dan filamen crab stick
0 6,351

Banyak juga resepi yang boleh kita buat menggunakan roti gardenia kan. Salah satu daripadanya adalah Roti Cheese Dan Crab Stick ni. Bukan biasa-biasa tau hasil dia memang sedap!

Sedia kita tahu, roti jenis gardenia tu memang Tarikh luput dia pendek sahaja. Dalam 2-3 hari sahaja dari Tarikh kita beli. Sudahnya bila dah hampir sangat nak expiry date, mula rasa gelabah tak tahu nak buat apa nak habiskan roti.

Roti celup telur, roti pizza, roti sandwich, roti bakar semuanya sudah dibuat. Jadi kali ni kita buat berbeza sikit untuk habiskan roti gardenia yang ada.

Apa yang menariknya, roti cheese dan crab stick ni kan dah mula ramai yang cuba lepas tengok perkongsian daripada pemilik facebook Puan Cik Nadzri. Tak sangka juga perkongsian makanan ringkas dan dimple ni mendapat share sebanyak 12 ribu kali tau!

Nak buat makan petang, atau berkelah dengan keluarga, bekal anak-anak sangat sesuai hidangkan roti cheese dan crab stick ni. Jom saya kongsikan apa bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI ROTI CHEESE DAN CRAB STICK

Sekiranya ada yang nak gantikan dengan sosej pun boleh. Cuma resepi asal ini menggunakan crab stick, maka saya kongsikan ikut resepi asal. Tambahan pula, rasa dia memang lagi sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti hiris ( tak kira apa brand pun )
  • Crab stick
  • Mozarella cheese
  • Bancuhan tepung gandum ( sebagai gam )
  • Minyak

CARA PENYEDIAAN ROTI CHEESE DAN CRAB STICK :

▶ Mula-mula sekali, ambil roti dan susunkan dalam periuk pengukus. Kukus sekejap dalam 1 minit sahaja. Pastikan air dah mendidih, baru kukuskan roti.

▶ Rebus crab stick sampai terapung. Jangan terlalu lama sebab dia akan mudah hancur.

▶ Ambil roti tadi, dan leperkan menggunakan batang giling atau apa-apa gelas Panjang.

▶ Seterunsya, crab stick tadi, carikkan atau siatkan dia.

▶ Letakkan sedikit cheese, dan crab stick di bahagian tengah roti yang sudah dileperkan.

▶ Sapu sedikit bancuhan tepung gandum di bahagian tepi sebagai gam.

▶ Gulung roti dan tekan bahagian hujung roti menggunakan garfu. Buat sampai habis roti

▶ Panaskan minyak. Goreng roti sehingga garing dan bertukar keperangan.

▶ Dah siap goreng, angkat dan toskan minyak. Pipingkan dengan mayonis, cheese atau sos cili.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Simple Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng. Garenti Jadi!

 

Bila masih panas tu, kalau kita tarik roti memang aka nada effect tarik. Bila dipotong dengan pisau, nampak cheese mencair di dalamnya.

Resepi Roti Cheese Dan Crab Stick simple macam ni mudah nak tarik perhatian anak-anak untuk makan dan cuba. Sebab rasa dia yang marvellous dan warna pun menarik.

Jadi yang gantikan dengan sosej, atau nak masukkan lobak merah dan sebagainya boleh masukkan ikut kreatviti kita masing-masing ya. Apa-apa pun saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open