Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Jagung Guna Perasa Kordial. Masukkan Eno Terus Jadi Sedap!
Dalam banyak-banyak apam yang ada, saya paling suka apam jagung. Walaupun apam jagung ni bukanlah apam original dari zaman dulu-dulu kan. Tapi rasa dia sama je dan yang membezakan ialah perasa jagung yang kita gunakan.
Ada yang buat apam jagung ni, gunakan jagung betul. Jagung manis dalam tin dan ada yang gunakan cordial sahaja. Bak kata orang nak bagi ada rasa sikit-sikit je pun okay dah.
Dalam perkongsian kali ni saya nak share resepi buat apam jagung paling simple. Nak buat apam apa-apa pun senang dan mudah je. ada yang sebelum ni ajar buat apam guna 3 bahan sahaja. Memang menjadi dan sedap tau.
Menerusi perkongsian Cik Puan Siti Hadirah ni, kita akan buat apam jagung menggunakan eno! Jangan terkejut tau sebab memang ramai yang gunakan eno untuk buat apam-apam macam ni.
Kalau korang tak suka jagung dan nak buat perasa lain, boleh. Dipersilakan dan tukar cordial yang digunakan sahaja. Sama ada oren ke, anggur ke. Hehe. Belum pernah buat, bagaimana lah rasanya tu kan.
RESEPI APAM JAGUNG GUNA KORDIAL
Ada yang tidak ada acuan apam, jadi boleh sahaj buat terus ke dalam loyang yang kita ada. Tidak semestinya buat dalam acuan kecil-kecil begini.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 1/4 cawan air
- 1 sudu besar mauripan
- 1 sudu besar cordial jagung
- 1 paket eno biru
CARA PENYEDIAAN APAM JAGUNG :
▶ Mula-mula sekali, satukan air dan nasi sejuk di dalam blender. Kisar sampai halus dan hancur semuanya.
▶ Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung beras, gula, mauripan dan juga Kordial ke dalam blender.
▶ Kisar sampai semua bahan sebati dan menjadi halus.
▶ Tapis bahan ke dalam bekas yang lain
▶ Perapkan selama 1 hingga 3 jam dalam bekas bertutup.
▶ Lepas dah cukup masa, bukak dan kaup balikkan adunan.
▶ Masukkan sepaket eno ke dalam acuan. Sementara itu, panaskan periuk kukus.
▶ Sediakan acuan atau loyang. Oles dengan minyak supaya mudah nak keluarkan nanti.
▶ Masukkan adunan ¾ sahaja dalam acuan. Kukus selama 15 minit.
▶ Apam dah masak, boleh angkat dan keluarkan dari acuan.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Ikan Siakap 3 Rasa Mudah. Ikan Garing Dengan Kuah Yang Mantap!
Waaah! Mudahnya nak buat apam jagung ni. Kalau kita tukar cordial, maka apam kita akan jadi wasa ikut bahan perasa yang kita gunakan lah kan.
Apam jagung macam ni, sedap tau makan petang-petang sambil bersantai minum kopi o dengan family. Boleh cuba buat dan hidangkan untuk keluarga.
Semoga perkongsian resepi apam jagung ni memberi manfaat kepada korang semua. Jangan lupa kongsikan juga di wall facebook ye supaya lebih ramai yang dapat belajar resepi ni. Selamat mencuba!