Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ikan Siakap 3 Rasa Mudah. Ikan Garing Dengan Kuah Yang Mantap!
Kalau korang ada ikan siakap, cuba buat ikan siakap 3 rasa follow resepi ni. Nak buat sweet sour ni memang ada banyak version. Ada pelbagai cara nak hasilkan rasa yang sedap dan marvellous.
Biasanya kan, kalau makan ikan siakap sweet sour memang kalau boleh nak yang ikannya rangup-rangup gitu. Jangan terlalu banjir dengan kuah, dan rasa kuah pun padu.
Nak goreng ikan siakap ni bagi rangup ad acara dan tipnya tau. Paling seronok bila masak lauk macam ni lauk kegemaran orang dekat rumah kan. Terutama pasangan kitalah. Bertambah semangat nak masak.
Kalau korang nak tahu, yang kongsikan resepi ni bukan si bunga tau. Tetapi Tuan Wan Luqman ni kongsikan resepi kegemaran isterinya. Sedap sampai habis diratahnya. Simple je tapi sedap dengan bahan-bahan yang digunakan tu membangkitkan rasa kelaianan dari biasa.
Boleh share dulu resepi ni jika tidak berkesempatan nak buat sekarang. Mana tahu ada masa nanti, bahan dah ada scroll je balik facebook untuk follow step yang saya kongsikan ni.
RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA
Boleh gunakan ikan lain selain siakap? Ya boleh dan terpulang kepada kita. Ada orang lebih suka bawal, jenahak atau nak buat guna kembung pun boleh. Lain orang lain citarasanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 ekor ikan siakap
- Sedikit garam
- Tepung jagung
BAHAN KUAH :
- 3 ulas Bawang putih (cincang)
- 2 sudu besar lada kisar
- 2 sudu besar bawang merah kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar perahan limau nipis
- Sedikit palm sugar
- 1 sudu besar nampla ( sos ikan )
- Batang celery
- Bawang holland
- Cili Padi
- Nenas
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP 3 RASA :
▶ Mula-mula sekali, basuh ikan siakap. Kelar bahagian badannya. Lumurkan dengan sedikit garam dan salut dengan tepung jagung.
▶ Salut tebal-tebal pun boleh. Panaskan minyak, dan goreng ikan sehingga garing.
▶ Bila dah siap goreng, angkat dan toskan minyak. Ketepikan seketika.
▶ Buang sedikit minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
▶ Kemudian, masukkan lada kisar dan juga bawang kisar. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan bawang ni ye. Tumis sampai betul-betul garing.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram dan juga sos cili. Kacau sampai sebati.
▶ Seterusnya masukkan jus limau nipis dan palm sugar atau gula biasa pun boleh jika tiada.
▶ Kacau semua bahan tumis, renjiskan atau anggaran 1 sudu sos ikan.
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Gunting Resepi Lejen. Makan Depan Tv Jadikan Kudapan!
▶ Bahan semua dan betul-betul garing, masukkan bahan-bahan lain yang sudah dipotong dadu. Nenas, batang celery, bawang holland dan juga cili padi.
▶ Kacau sekejap dan biarkan mendidih.
▶ Akhir sekali, masukkan daun sup yang dhiris nipis. Jika banyak minyak, boleh keluarkan sedikit ye.
▶Hidangkan ikan atas pinggan. Curahkan kuah ke atas badan ikan siakap kita tu.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Serious mudah je nak follow resepi tuan kita sorang ni. Semua bahan pun yang mana ada dekat rumah kita je. Jadi, nak cuba buat kelainan dalam resepi siakap 3 rasa ni, memang boleh sangat lah kan. Berbeza sedikit daripada cara yang biasa kita buat
Untuk yang memang belum pernah cuba buat siakap 3 rasa, boleh follow je resepi ni. Comfir ahli keluarga semua akan suka dengan masakan ni.
Silap haribulan setiap minggu jadi masakan wajib tau! Kepada yang nak mencuba tu, saya ucapkan selamat mencuba ye. Semoga resepi ni bermanfaat buat korang semua.