Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat ShellOut Dekat Rumah Tapi Hidangkan Atas Meja Macam Kedai!

0 1,493

Kalau siapa yang suka sangat makan seafood, apa je makanan yang biasa kita makan selain daripada tomyam? Betul, kita boleh buat shellout sebab semua binatang makan dalam satu hidangan.

Tapi nak makan shellout ni, bahan kuah dia atau sambalnya memang memainkan peranan yang sangat penting. Kalau silap gaya, shellout kita akan jadi tak sedap. Bukan itu sahaja, bahan binatang yang digunakan juga mesti yang segar-segar!

Makanan shellout ni, makan dengan nasi putih panas- memang sedap.Ada yang suka kering sahaja, tapi kalau saya lebihkan sedikit kuah sebab nak gaulkan dengan nasi. Masukkan sedikit je air nanti.

Perkongsian daripada Cik Puan Nur Syafiqin ni jelas dan mudah kita nak faham. Best kan bila ada yang sudi kongsikan resepi yang kita jarang buat. Bolehlah hari-hari belajar menu baru daripada kawan-kawan maya.

Nak-nak lagi yang mana baru kahwin, nak pelbagaikan hidangan untuk suami tercinta. Inilah masanya nak tunjukkan kehandalan kita beraksi di dapur. Nak ikat suami, kena ikuat dengan masakan air tangan kita. Hehe

 

RESEPI SHELLOUT HOMEMADE

Jika ada yang alergi sesetengah makanan laut,  boleh gunakan bahan yang kita boleh makan. Barulah puas hati dapat makan banyak-banyak dengan harga yang murah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 sudu rempah Kari daging
  • 4 ekor ketam
  • ½ kilogram sotong
  • 1 kilogram lala
  • ½ kilogram udang
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Bunga kobis
  • Brokoli

 

BAHAN KISAR
  • 2 biji bawang besar
  • 1 genggam cili kering
  • 3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN SHELLOUT :

▶ Mula-mula sekali, kisar sampai hancur bahan kisar.

▶ Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak

▶ Bila sambal dah pecah minyak, masukkan rempah kari daging. Masak sampai betul-betul pekat. Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya.

▶ Bila rasa kuah dah sedap, masukkan ketam. Kacau sekata supaya ketam tersalut dengan sambal.

▶ Kemudian masukkan sotong. Teruskan kacau untuk bahan binatang kita masak sekata.

▶ Seterusnya, masukkan lala. Basuh bersih dan masukkan dalam kuali. Kacau sebati

▶ Akhir sekali, masukkan udang beserta sayur brokoli dan bunga kobis. Gaul semua bahan.

▶ Biarkan masak sekejap dan boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Apam Jagung Guna Perasa Kordial. Masukkan Eno Terus Jadi Sedap!

Sekarang ni kan, bila dah tahu nak buat resepi shellout ni boleh dikatakan setiap minggu ada yang minta nak makan. Seronok kan bila ada yang suka apa yang kita masakkan.

Selain daripada masak masakan yang dah biasa kita buat, bolehlah sesekali ubah selera masakan kan. Hidangkan shellout pun sama macam kedai.

Hidangkan atas meja di tengah-tengah. Sebagai tambahan, rebus jagung dan limau sunquick sebagai pencuci mulut.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open