Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Talapia Garing Bersos Limau Style Cambodia. Sedap, Sampai Menghirup Pinggan Dibuatnya!

0 633

Korang pernah try tak resepi talapia garing bersos limau style Combodia? Menu ni sangat terkenal di sana. Kalau korang jenis suka mencuba resepi-resepi baru, apa kata korang try masak talapia garing bersos limau style Combodia. Confirm korang nak lagi.

Resepi ni sangat mudah dibuat! Tidak juga memerlukan bahan memasak yang banyak. Semua bahan yang digunakan ni antara bahan asas memasak yang biasanya ada di dapur korang. Tinggal sediakan ikan talapia je.

Isi ikan talapia ni memang sedap. Kalau di masak garing, fuh tak cukup seekor nak makan nanti. Makan ramai-ramai memang syok sangat! Sebab mesti ada yang berebut nanti. Tu belum masak dengan sos limau style cambodia ni lagi. Boleh terangkat dibuatnya!

Rasa masak talapia garing bersos limau style Combodia ni cukup masam, masin, manis dan pedas. Balance semua rasa. Memang lagi sedap bila di matchkan dengan isi  talapia yang fresh tu. Kecur liur rasa!

Macam mana nak masak menu ni? Ha! Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Marina Ismail ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!

 

RESEPI TALAPIA GARING BERSOS LIMAU STYLE CAMBODIA

Menurut Cik Puan Marina Ismail, pertama kali beliau cuba resepi ni beliau cuma follow resepi dari Youtube je. Tak sangka pula sedapnya sampai boleh habis kuah sos dihirup! Tak rugi mencuba. Apa kata kita tengok bahan-bahan memasak kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan talapia
  • 3 biji limau nipis (ambil jus)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 biji cili padi merah (dipotong halus)
  • 5 biji cili padi hijau (dipotong halus)
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 7 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 2 tangkai daun ketumbar (dipotong halus)
  • Garam untuk lumur ikan

CARA PENYEDIAAN TALAPIA GARING BERSOS LIMAU :

▶️ Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Memang hilang bau hanyir ikan tu.

▶️ Lumurkan garam secukupnya pada ikan yang dah bersih tadi. Perap seketika. Tak perlu letak kunyit!

▶️ Goreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan.

▶️ Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih hingga nau bau. Jangan sampai garing tau.

▶️ Combine kan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.

▶️ Masukkan bancuhan tu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi.

▶️ Kacau dan rasa. Mesti rasa tau. Sebab masakan ni perlu cukup rasa masam, manis, masin dan pedas. Apa yang kurang, adjust je!

▶️ Dah cukup rasa, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Rainbow Saltcheesekut Yang Cantik Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Berebut Nak Makan!

 

Nak masak ikan talapia ni ada tips nya ye. Korang kena beli talapia yang masih hidup berenang dalam akuarium tu. Dia orang akan tangkap dan terus siang. Rasa isi ikan lebih sedap, isi pejal dan manis. Boleh juga beli di Pasaraya Segi atau pun Super Seven.

Talapia tergolong dalam ikan air tawar. Pastikan basuh betul-betul sampai hilang bau. Guna limau nipis paling bagus. Cepat je hilang bau hanyir ikan tu nanti. Korang kena ikut tips ni kalau nak masakan korang sedap.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Marina Ismail kerana sudi berkongsi resepi talapia garing bersos limau style Combodia ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open