Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Dim Sum Filet Ketam Yang Paling Sedap. Makan Dengan Sos Cili Thai Lagi Sedap!

0 218

Ada tak kat sini penggemar dim sum? Apa kata korang ikuti resepinya di sini. Boleh lah cuba kat rumah bila ada kelapangan nanti. Buat dim sum homemade gitu! Kat sini ada cara mudah buat dim sum filet ketam yang paling sedap. Ikut je step by step cara penyediaannya confirm menjadi!

Actually nak buat homemade dim sum ni mudah je. Kena buat inti dulu barulah buat kulitnya. Untuk intinya, korang boleh pilih apa saja jenis inti yang korang suka. Terpulang pada citarasa masing-masing. Boleh guna ayam, udang, ketam dan lain-lain lagi.

Dim sum ni tak susah pun nak cari. Bersepah orang jual dim sum sekarang ni. Kat pasar malam pun ada yang jual dim sum ni. Tapi agak mahal juga lah. Rasanya kalau nak makan banyak dengan keluarga, elok korang buat sendiri kat rumah. Boleh makan puas-puas nanti.

Seperti yang kita tahu, dim sum merupakan makanan orang cina yang ramai penggemarnya. Tak kira apa je jenis bangsa, mesti ada je penggemar dim sum ni. Selain orang cina yang menjualnya. Orang melayu pun dah ramai yang menjual dim sum di tepi-tepi jalan dan pasar malam.

Korang boleh follow resepi yang di konsgikan oleh Cik Puan Zurina Zulkefli ni untuk menghasilkan dim sum yang paling sedap. Untuk resepi ni korang akan gunakan inti ketam ye. Kalau tak boleh makan seafood, korang boleh ganti je dengan inti lain nanti.

 

RESEPI DIM SUM KETAM 

Biasanya kita beli je, kali ni kita buat sendiri kat rumah. Jom lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kalau dah lengkap bolehlah terus buat. Guna filet ketam je senang. Tak payah nak susah-susah ambil isi ketam lagi,

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk inti :
  • 1 bungkus filet ketam, cincang
  • 1 biji telur ayam
  • 1 biji bawang merah/holland
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Tambahan, nak sedap boleh campur cendawan shitake.

Bahan untuk kulit :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit sebagai perwarna kuning
  • Secubit garam
  • Kuantiti air agak-agak

CARA PENYEDIAAN DIM SUM :

▶️ Kisarkan semua bahan untuk inti dan ketepikan.

▶️ Adunkan pula semua bahan kulit hingga menjadi doh. Leperkan doh senipisnya dan tekap menggunakan cawan untuk mendapat bentuk bulat.

▶️ Letakkan kulit ke atas bulatan jari, lekukkan sedikit kulit di bahagian dalam. Kemudian, masukkan inti filet ketam.

▶️ Lipat tepi kulit mengikut arah jam, hasilnya akan menjadi bentuk bunga.

▶️ Letakkan daun bawang di atas dim sum.

▶️ Sedia dikukus. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Paprik Ayam Style Kedai Tomyam. Mudah Je. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Sedap di makan panas-panas bersama sos cili Thai. Kalau kat luar, korang akan jumpa sos warna hitam tu. Tapi kat rumah ni makan dengan sos cili Thai pun dah sedap sangat rasanya. Cantik je kejadian dim sum ni kan. Korang tak pandai masak pun boleh pakai resepi ni. Jangan derhaka, confirm jadi!

Ada macam-macam lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zurina Zulkefli melalui wall Facebooknya. Semua nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Next time kita boleh cuba resepi baru mi sup pedas ala cina pula. Janji korang tahan pedas, macam-macam jenis masakan korang akan makan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi dim sum filet ketam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share resepi ni kat saudara mara dan rakan-rakan ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open