Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Paprik Ayam Style Kedai Tomyam. Mudah Je. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Terasa nak makan ayam paprik macam kedai tomyam tu. Biasanya tengahari kedai-kedai tu memang tak buka lah kan. Ahh! Jom kita masak paprik ayam style kedai tomyam sendiri kat rumah.Korang follow je resepinya disini. Mudah dan pastinya sedap. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!
Sebut je pasal lauk-lauk kat kedai tomyam, mesti ramai penggemarnya. Tak kira apa saja jenis masakan semuanya enak-anak belaka. Sebab tu kalau pegi kedai tomyam atau kedai siam mesti ramai je yang duduk makan kat situ. Korang pun mesti salah seorang darinya kan.
Ayam paprik ni lagi sedap dihidang dengan nasi putih panas-panas. Just add on telur dadar je dah cukup. Tak perlu lauk sayur lagi, sebab lauk ayam paprik ni dah siap dengan campuran sayur seperti kacang panjang, baby corn, lobak merah dan juga tomato. Rasanya pun balance semua rasa. Masam, manis dan pedas.
Korang yang memang gemar makan lauk paprik kena save siap-siap resepi yang dikongsikan oleh Encik Roslan Rusly. Bolehlah korang cuba kat rumah lepas ni. Jimat duit poket. Pepagi sebelum pegi kerja pun korang boleh masak lauk ni untuk bawa bekal ke tempat kerja.
Sedia semua bahan-bahan sebelum tidur dan masukkan dalam peti. Esok pagi takde lah kelam kabut nak potong semua bahan-bahan masakan. Tinggal campak-campak je masuk kuali. Kalau nak lauk tahan panas untuk makan lunch kat office, korang boleh beli bekas elektrik yang boleh panaskan makanan tu. Lagi senang!
RESEPI PAPRIK AYAM STYLE KEDAI TOMYAM
Apa tunggu lagi, mesti korang tak sabar nak masak sendiri kat rumah kan. Tengok gambar pun dah terliur dibuatnya. Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat bahan-bahan masakan yang diperlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Isi ayam (dipotong dadu)
Bahan-bahan tumis :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili masak
- Cili api
- Serai
- Daun limau purut (dipotong batang)
Bahan-bahan lain :
- Sebiji limau kasturi
- Kacang panjang (dipotong-potong)
- Tomato (dipotong-potong)
- Lobak merah (dipotong-potong)
- Baby corn (dipotong-potong)
- Sos tiram
- Sos cili
- Sos stim limau (Optional)
- Air
- Kiub ayam
- Daun ketumbar
- Cili kisar/ cili boh
** Hiris dan potong bahan seperti gambar-gambar diatas.
CARA PENYEDIAAN PAPRIK AYAM STYLE KEDAI TOMYAM :
▶️ Panaskan sikit minyak dan goreng kosong ayam tersebut. Minyak jangan banyak sangat ye.
▶️ Ayam dah masak masukkan cili giling/cili kisar.
▶️ Dah gaul-gaul dengan ayam, masukkan bahan bawang dan bahan lain yang dihiris.
▶️ Agak-agak dah naik bau sikit, masukkan air sikit.
▶️ Masukkan kiub ayam, pakai separuh je dan kacau-kacau.
▶️ Masukkan semua jenis sos.
▶️ Masukkan sayur yang dah dipotong, perahkan limau sikit dan perasan dengan garam dan serbuk perasa. Gula tu terpulang. Tak masukkan gula pun takpe sebab sos tu sebenar dah manis.
▶️ Dah siap rasa semua balance. Bolehlah dihidangkan. Potong-potong daun ketumbar dan hidangkan.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Puding Mangga Susu Yang Paling Sedap. Nyaman Je Rasa Tekak Bila Makan Sejuk-Sejuk!
Dah siap untuk lauk makan tengahari! Dapat juga makan tanpa perlu tunggu kedai tomyam buka waktu malam. Mudah je rupanyanya cara masak ayam paprik ni kan. Sos stim limau tu adalah pilihan. Tapi boleh ganti juga dengan sos tomato. Kalau sos stim limau takde.
Make sure korang potong batang daun limau purut sebelum masukkan dalam masakan ye. Sebab batangnya pahit. Nanti tergigit, hilang pulak mood nak makan nanti. Masak guna isi ayam je. Barulah rasa nikmat macam makan kat kedai. Makan kat rumah, nak tambah-tambah nasi pun tak segan kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Roslan Rusly kerana sudi berkongsi resepi paprik ayam style kedai tomyam ni di Facebook. Boleh hidang untuk lauk tengahari dan malam. Jimat pulak tu, tak payah makan kat kedai lagi. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!