Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rotiboy Homemade Guna Roti Gardenia. Buat Kat Rumah Lagi Puas Hati!

0 62

Teringin nak makan rotiboy kat bakery tu. Tapi jauh nak pegi beli. Delivery pun takde. Godek-godek kat Facebook jumpa pulak resepi rotiboy homemade guna roti gardenia ni. Terus aku plan nak buat. Senang tau nak buat rotiboy ni. 

Tak payah nak uli tepung bagai nak buat rotiboy instant ni. Kita guna je roti gardenia. Rasa dia pun boleh tahan sedap. Patut ramai yang share resepi ni. Kat YouTube pun ada orang yang kongsi jugak cara buat rotiboy ni.

Roti yang dah nak expired tapi korang dah tak lalu nak makan dengan jem atau Nutella, elok buat rotiboy ni. Nak guna wholemeal bread pun boleh. Dua-dua jenis roti pun sedap. Sekali korang cuba resepi ni, pasti korang nak lagi. 

Resepi rotiboy homemade guna roti gardenia ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Anita Kamaruddin. Sangat mudah dan simple cara penyediaannya. Hanya perlu sediakan topping sahaja. 

Kadang-kadang roti gardenia ni tak habis makan pun. Cepat pulak expirednya. Untuk elak bazir, macam-macam resepi korang boleh buat. Contoh rotiboy, puding roti, cekodok roti, roti goreng dan macam-macam lagi. Banyak resepi menggunakan roti ada kat blog ni.

 

RESEPI ROTIBOY 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan rotiboy ni. Kalau barang dah lengkap kat rumah, boleh la kita try buat terus kan. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
Bahan untuk topping roti : 
  • 1/2 cup salted butter (Anchor)
  • 1/2 cup icing sugar (Ayak)
  • 1 Telur gred A
  • 1 sudu kecik Esen vanila
  • 3/4 cup tepung gandum + 1/2 sudu kecik baking powder (Ayak)
  • Air nescafe pekat (1 sudu besar serbuk nescafe bancuh dengan 2-3 sudu air panas)

 

Bahan untuk roti : 
  • Roti gardenia putih atau wholemeal
  • Butter
  • Gula
CARA PENYEDIAAN ROTI BOY : 
Cara penyediaan topping roti : 

▶️ Pukul gula icing dengan butter sampai kembang. Guna hand mixer je.

▶️ Masuk telur, esen vanila dan pukul lagi.

▶️ Masuk pulak tepung dan pukul lagi.

▶️ Kemudian, masuk air nescafe dan pukul lagi sampai sebati.

▶️ Dah siap, masuk dalam piping bag dan ketepikan.

Cara penyediaan roti : 

▶️ Guna roti gardenia putih atau wholemeal pun boleh.

▶️ Sapu butter dan tabur gula. Sapu lebih lagi sedap. Terasa intinya.

▶️ Susun atas loyang. Alas dengan aluminium foil atau parchment paper. Tak teruk nak menyental loyang nanti.

▶️ Pipe kan topping tadi atas roti. Make sure meliputi keseluruhan permukaan atas roti sampai tepi-tepi. Baru ada effect meleleh-leleh gitu.

▶️ Bakar 160-180c selama 10-15 minit api atas sahaja.

▶️ Pastikan preheat oven dulu. On oven baru start buat. Dah siap buat terus boleh bakar tak payah tunggu. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Pari Bakar Marvellous Yang Paling Simple. Sambal Dia Memang Sedap Ye!

 

Jangan guna api atas bawah sebab roti akan jadi garing sangat. Kalau guna api atas je, roti jadi moist, topping je garing. Sama macam rotiboy kat luar tu. Baru la rasa macam makan rotiboy sebenar. Betul tak?

Beli lagi senang? Susah ye. Nak kena bersiap lagi, drive lagi, hadap jem lagi, kena cari parking lagi, beratur beli, silap-silap elok sampai turn dah habis rotiboy tu. Baik buat sendiri. Dah tentu-tentu dapat makan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Anita Kamaruddin kerana sudi berkongsi resepi rotiboy homemade guna roti gardenia ni kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open