Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pau Sambal Atau Burger Malaysia Yang Mudah Dibuat. Gebu, Lembut Dan Pastinya Sedap!

0 2,014

Resepi pau sambal atau juga dikenali sebagai burger Malaysia merupakan kuih bergoreng yang disukai ramai. Kebiasaannya, ia akan dijadikan hidangan sarapan pagi dan boleh juga dijadikan juadah minum petang.

Resepi ini menggunakan tepung gandum sebagai bahan utamanya. Tepung akan diadun dengan serbuk penaik iaitu mauripan dan diuli sehingga menjadi doh. Ianya akan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan inti didalamnya.

Burger Malaysia ini boleh dipelbagaikan intinya. Tetapi inti yang kebiasaannya digunakan dan wajib ada ialah sambal ikan bilis. Kemudiannya diintikan juga dengan timun, salad, telur rebus dan macam-macam lagi.

Resepi pau sambal a.k.a burger Malaysia ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Dya Mira. Kebiasaannya, kuih ini akan dijual di gerai-gerai tepi jalan diwaktu pagi dan petang. Ianya juga boleh didapati di pasar malam dan bazar ramadhan.

 

RESEPI PAU SAMBAL ATAU BURGER MALAYSIA

Resepi ini pasti disukai anak-anak anda. Sambal yang dimasak boleh dikurangkan rasa pedasnya. Bila dihidang waktu pagi, ibu-ibu boleh menjadikan kuih ini bekalan anak-anak ke sekolah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 3 sudu gula
  • 1 peket mauripan
  • 1 cwn air suam
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 sudu majerin
  • 1 biji telor

Pau Sambal Atau Burger Malaysia :

▶️ Campurkan susu pekat manis, gula, mauripan dan air suam. Biarkan hingga kembang dalam 10-15 minit.

▶️ Bila dah kembang, tuangkan kedalam tepung.

▶️ Masukkan juga marjerin dan pecahkan sebiji telur. Uli sebati sehingga menjadi doh. Biarkan 10-15 minit supaya doh kembang.

▶️ Bentukkan doh menjadi doh yang kecil dan biarkan lagi selama 10 – 15 minit.

▶️ Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng pau hingga kuning keemasan,
angkat dan toskan.

▶️ Sejukkan sebentar dan barulah diisi dengan sambal, timun, salad atau apa saja inti yang anda suka.

 

BACA JUGA: Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Dan Padu. Sekali Cuba Confirm Nak Lagi!

 

Siap untuk dihidang! Bila minum petang sangat sesuai dihidangkan dengan teh o panas. Lebih-lebih lagi musim PKP macam ni, anak-anak berada dirumah dan asyik nak makan je.

Mak-mak yang dah kehabisan idea, apa kata follow resepi pau sambal ini. Tak perlu keluar membelinya lagi, cuma perlu buat sendiri secara homemade. Memang puas hati. Terjamin juga kebersihannya.

Semoga resepi pau sambal atau burger Malaysia yang gebu, lembut dan sedap ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open