Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Dan Padu. Sekali Cuba Confirm Nak Lagi!
Resepi lala masak lemak cili padi merupakan hidangan yang mudah dibuat. Sekali cuba confirm nak lagi. Tak perlu menggunakan minyak. Yang penting pandai suaikan sukatan santan, cili padi, bahan kisar dan juga lala.
Lala merupakan makanan laut yang sangat disukai ramai. Cara memasaknya boleh dipelbagaikan seperti lala masak masam manis, lala goreng bercili, lala tumis belacan goreng, lala masak kam heong dan macam-macam lagi.
Setiap hidangan lala pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Kepada penggemar lala, kali ini anda boleh ikuti resepi lala masak lemak cili padi yang padu disini. Makan dengan nasi putih panas memang seronok. Nak ratah macam tu pun sedap.
Resepi lala masak lemak cili padi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Wan Ash. Mudah je masaknya. Yang pastinya bahan memasak yang digunakan sangat-sangat mudah diperolehi.
Bila makan di kedai thai atau restoran makanan seafood, lala akan menjadi salah satu hidangan pilihan ramai. Untuk kali ini, apa kata anda menyediakannya secara homemade. Beli lala fresh dipasar dan masak lemak cili padi buat makan malam nanti.
RESEPI LALA MASAK LEMAK CILI PADI
Seperti yang kita tahu, masak lemak cili padi sangat terkenal di Negeri Sembilan. Dan tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan lala masak lemak cili padi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan tumbuk atau kisar :
- Cili padi
- Bawang merah
- Halia
- Kunyit hidup
Bahan lain:
- Lala
- Asam keping
- Serai
- Santan
- Perasa
CARA PENYEDIAAN LALA MASAK LEMAK CILI PADI :
▶️ Masukkan bahan tumbuk atau kisar dalam periuk.
▶️ Masukkan serai yang diketuk dan asam keping.
▶️ Kemudian, masukkan santan. Dah mendidih masukkan lala dan perasa.
▶️ Dah masak tutup api. Siap!
BACA JUGA: Resepi Brownies Kedut Yang Padat Dan Lembab. Boleh Buat Business Brownies Ni, Confirm Laku Keras!
Tak sampai berapa minit nak masak lala ni. Mudah dan pastinya buat anda terliur. Nak beli lala ni kenalah fresh, barulah dapat rasa manis pada lala dan terasa sedap bila dimakan dengan kuah lemak cili padi nanti.
Kalau tak jumpa lala, anda boleh gunakan kerang. Dikatakan makan lala atau kerang ini baik untuk menambah darah. Lala dan kerang juga boleh didapati secara frozen di mana-mana pasaraya. Tapi bila dapat yang fresh lagi sedap kan.
Resepi lala masak lemak cili padi ini pasti disukai ramai. Boleh dimasak bila-bila masa sahaja. Lagi pedas lagu padu. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!