Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pandan Gula Melaka Cake With Swiss Meringue Buttercream. Guna Pandan Asli Memang Padu Rasanya!

0 1,553

Resepi hari ini ialah pandan gula Melaka cake with swiss merigue buttercream. Panjang namanya, macam mana pula rasanya. Nak buat kek macam ni kena teliti. Lebih-lebih lagi masa nak frosting tu.

Kek ini menggunakan perisa pandan dan di drizzlekan dengan sos gula melaka dan swiss meringue buttercream. Memang padu rasanya. Rugi sangat kalau tak cuba, boleh buat kek sambut hari jadi anak-anak dan suami.

Kek pandan sangat wangi dan ramai penggemarnya. Bila dibakar, baunya terhidu satu rumah. Dengan syarat kena pakai daun pandan asli. Nak dapatkan air pandan yang tak berabuk tapis 2-3 kali baru cantik hasilnya.

Resepi kek special ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Khairul Hasrol. Walaupun baru pertama kali mencubanya. Tapi hasilnya boleh tahan. Beliau juga tinggalkan tips penting especially masa buat swiss meringue tu.

 

RESEPI PANDAN GULA MELAKA CAKE WITH SWISS MERINGUE BUTTERCREAM

Nampak menarik resepi hari ni. Anda yang terasa nak buat kek sendiri untuk sambutan hari jadi anak-anak atau suami dirumah, boleh cuba resepi ni. Kita perempuan kena berani mencuba, sebab resepi ni dari sorang lelaki ye.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kek pandan :
  • 300g self raising flour (ayak dan ketepikan)
  • 8-10 helai daun pandan
  • 1 cwn air
  • 75g santan kotakkara
  • 100ml jus pandan
  • 1sk pandan emulco (untuk enhance rasapandan asli)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 250g unsalted butter
  • 160g gula kastor
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1 sk esen vanilla

 

Bahan untuk sos gula Melaka :
  • 1/4 cwn air
  • 100g gula melaka (yg ni abam pkai gula melaka ori, br sedap rs dia…abam beli yg bulat-bulat comeyy tu)
  • Daun pandan (siat-siat & simpulkan)
  • 1/4 cwn santan kotak
  • 1/2 sb tepung jagung (bancuh dgn 2 sb air)
  • 1/4 sk garam

 

Bahan untuk swiss meringue buttercream :
  • 4 biji putih telur (gred A)
  • 120g gula kastor
  • 370g unsalted butter (brand lurpark)
  • 3 sb sos gula melaka
  • Esen vanilla secukupnya

CARA PENYEDIAAN ANDAN GULA MELAKA CAKE WITH SWISS MERINGUE BUTTERCREAM:
Cara penyediaan kek pandan :

▶️ Blendkan daun pandan sehingga halus, tapis dan ambil airnya, ketepikan. Tapis 2 kali sebab nak make sure takde habuk. Sukat 100ml air pandan tadi untuk guna dalam kek nanti. Sukat pakai jug metrik je.

▶️ Satukan air pandan tadi dengan pandan emulco, santan kotak dan pewarna hijau. Kacau semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan ketepikan.

▶️ Pukul butter dengan gula kastor sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.

▶️ Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla.

▶️ Seterusnya, masukkan tepung secara berselang selikan dengan larutan pandan sehingga habis.

▶️ Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. Pakai loyang 7 inci sebab nak dapatkan kek yang tinggi.

▶️ Panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 5-20 minit. Bakar pada suhu 170C api atas bawah selama 40-45 minit sehingga kek masak atau bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Dah siap bakar, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum frosting.

Cara penyediaan sos gula Melaka :

▶️ Masak gula melaka dengan daun pandan sehingga gula larut.

▶️ Masukkan santan kotak. Kacau sebati.

▶️ Masukkan pula tepung jagung dan garam secukupnya. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.

▶️ Siap dan sejukkan.

Cara penyediaan swiss meringue buttercream :

▶️ Panaskan air dalam periuk. Dengan menggunakan kaedah double boil, kacau putih telur dan gula kastor sehingga larut. Air tak perlu mendidih, pakai wap air tu je. Ikut method nak suhu sekitar 60C.

▶️ Masukkan putih telur ke dalam bowl. Dengan menggunakan whisk, pukul putih telur sehingga menjadi meringue. Macam biasa, tak boleh ada kuning telur sikit pun masa asingkan putih telur. Bekas pula kena bebas dari air dan minyak atau gris.

▶️ Masukkan butter sedikit demi sedikit. Make sure masa masukkan butter tu, meringue dah sejuk, kalau tak nanti butter akan cair.

▶️ Kalau tak dapat buttercream yang smooth dan berketul-ketul. Jangan panic ya, ulang lagi.

▶️ Masukkan adunan tu dalam peti sejuk lebih kurang 15 minit. Kemudian, whisk lagi, in sha Allah akan dapat buttercream yang smooth.

▶️ Masukkan esen vanilla dan sos gula melaka. Siap!

▶️ Frostingkan dekat kek dan hias ikut suka hati.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Bakso Homemade Yang Simple Dan Sedap. Bahan Pun Tak Renyah Anda Wajib Cuba!

 

Siap! Bila kek dah sejuk, hiaskan dengan swiss meringue buttercream yang dah siap td, drizzlekan pula dengan sos gula melaka. Sedap sangat. Nak hias tu boleh ikut kreativiti masing-masing. Yang pandai deco, masa ni lah nak tunjuk skill.

Nak buat kek ni mungkin sedikit renyah, tapi sekali sekala mencuba apa salahnya kan. Sekarang musim PKP dah banyak kedai yang tutup. Kalau jual kek pun, mereka tak ambil risiko buat kek banyak-banyak. Lebih baik buat sendiri.

Bahaya sekarang ni jumpa orang ramai. Dah ada resepi macam ni, apa kata buat secara homemade. Semoga resepi pandan gula Melaka cake with swiss merigue buttercream ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open