Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Goreng Pedas Guna Lebihan Nasi Daging Semalam. Ubah Suai Supaya Tak Membazir Dan Terbuang. Anda Wajib Cuba!

0 1,174

Hari ini perkongsian resepi nasi goreng pedas yang dimasak menggunakan baki nasi daging yang tak habis semalam. Kebiasaannya, nasi goreng terhasil dari lebihan nasi putih yang tak habis, tapi kali ini menggunakan lebihan nasi daging pula.

Siapa kata lebihan nasi daging atau apa saja nasi lebihan yang tak basi tak boleh dimasak semula dan disedapkan. Buktinya nasi daging ini, ianya diubah suai sehingga menjadi satu nasi goreng pedas yang cukup menyelerakan.

Sikap membazir ni perlu di elakkan. Semua info boleh dicari dengan menggunakan hujung jari anda, google saja dan carilah resepi yang menggunakan lebihan nasi, contohnya resepi apam nasi. Bolehlah dijadikan menu sarapan pagi.

Memandangkan lebihan nasi goreng semalam adalah nasi daging. Cik Puan Hana A Razak akan berkongsi bagaimana cara ubah suai nasi daging kepada nasi goreng pedas yang super sedap.

Nasi daging biasanya menggunakan rempah ratus seperti bunga cengkih kan? Masa nak masak tu, better keluarkan dulu rempah seperti 4 sekawan tu. Takut masa nak makan nasi goreng nanti tergigit pula, dah hilang selera nak makan.

 

RESEPI NASI GORENG PEDAS

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihan bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara nak ubahsuai resepi ini. Lepas ni boleh cuba, tak lah membazir dan terbuang nasi daging yang tak habis tu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 mangkuk besar nasi daging
  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 mangkuk kecil ayam cincang
  • Kicap
  • Garam

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG PEDAS :

▶️ Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.

▶️ Bahan tumis dah pecah minyak, masukkan ayam. Nak masukkan telur pun boleh.

▶️ Masukkan sedikit kicap untuk balance kan pedas.

▶️ Masukkan sayur kacang buncis atau apa-apa jenis sayur yang anda suka.

▶️ Perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata.

▶️ Terakhir sekali, masukkan nasi daging semalam. Pastikan, rempah bunga cengki yang ada dalam nasi daging tu dibuang ye.

▶️ Gaulkan rata semua bahan dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi “Gratinated Baked Potatoes” Yang Padu Dengan Rasa Cheese Dan Daging. Mudah Dibuat Dan Pastinya Sedap Sangat!

 

Mudah je kan. Macam masak nasi goreng biasa je. Tapi boleh pelbagaikan dengan tambahan sayur dan ayam kisar. Resepi nasi goreng ni memang pedas tau. Kepada yang kurang gemar dengan pedas kurangkan penggunaan cili.

Sedap sangat makan panas-panas. Berapi telinga! Yang gemar dengan makanan pedas wajib cuba resepi ni. Nasi daging dah siap dengan rempahnya ditambah pula dengan beberapa bahan masakan yang digunakan ini, semakin sedaplah nasi goreng tu.

Pengajaran yang kita dapat, kalau ada lebihan nasi semalam jangan dibuang ye. Ubah suaikan saja, pasti boleh dijadikan satu hidangan yang sedap diwaktu pagi. Semoga resepi nasi goreng pedas ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open