Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi “Gratinated Baked Potatoes” Yang Padu Dengan Rasa Cheese Dan Daging. Mudah Dibuat Dan Pastinya Sedap Sangat!
Pernah dengar tak resepi grantinated baked potatoes atau kentang panggang? Sekali pandang resepi grantinated baked potatoes ini seakan lasagna, tapi bukan ye. Ianya menggunakan kentang goreng segera yang boleh didapati dimana-mana pasaraya.
Resepi grantinated baked potatoes ini menggabungkan bahan masakan lain seperti daging ramly yang dihancurkan, susu full cream, cheese, butter, telur dan macam-macam lagi sebelum dibakar menggunakan aluminium foil.
Cara penyediaannya sangatlah mudah. Anak-anak juga pasti sangat suka dengan hidangan ini. Menu ala baratlah katakan. Tak perlu beli kentang yang belum potong tau, beli saja french fries. Lebih memudahkan anda.
Rasanya yang padu dengan cheese dan daging pasti memikat hati anda. Nak tahu cara penyediaannya? Jom kita lihat perkongsian resepi istimewa ini dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan MrsNor Wahid.
Boleh click facebook beliau dan lihat berapa ramai yang share resepi ini. 12k tu bukan jumlah yang sikit tau. Nampaknya rata-rata orang Melayu kita memang gemar dengan masakan ala barat macam ni.
RESEPI GRATINATED BAKED POTATOES
Tanpa membuang masa lagi, jom kita ambil tahu bagaimana cara penyediaan resepi yang cukup sedap ini. Bukan lasagna tau, yang ni resepi grantinated baked potatoes. Jom masak!
Bahan-bahan yang dipelukan adalah :
- French fries
- 200gm daging burger (disiatkan kecil-kecil)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 sudu besar cili kering kasar
- 1sudu lada putih
- 2 biji telur
- 1 cawan susu full cream
- 1 cawan anchor cream
- 1 kuib pati ayam
- Cheddar cheese, parmesan dan mozzarella
- Mixed herbs
- Butter untuk menumis
CARA PENYEDIAAN GRATINATED BAKED POTATOES :
▶️ Susun french fries dalam bekas aluminium foil.
▶️ Cairkan butter, tumis bawang putih hingga naik bau.
▶️ Masukkan daging burger dan kacau rata. Masukkan juga serbuk cili kering, lada putih dan kuib pati ayam.
▶️ Tumis hingga daging masak. Bila dah masak tutup api. Masukkan daging itu ke dalam bekas french fries yang dimasukkan dalam aluminium foil tadi.
▶️ Satukan telur, susu dan cream. Kacau dan tuang ke atas kentang tadi hingga menutupi kentang dan daging.
▶️ Taburkan cheddar cheese, parmesan dan mozzarella. Sebelum bakar taburkan mixed herbs.
▶️ Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
BACA JUGA: Dengan 4 Bahan Sahaja, Anda Dapat Menghasilkan “Ayam Goreng Berempah Style Mamak” Yang Cukup Sedap. Jom Cuba!
Siap dibakar boleh biarkan seketika, sebelum dimakan. Dijamin super sedap resepi ni. Boleh dicuba buat kudapan anak-anak dimusim cuti sekolah ataupun dihujung minggu anda.
Kepada ibu-ibu yang suka baked, boleh sangat cuba resepi ni. Manalah tahu ada rasa nak cuba resepi ni buat niaga, apa salahnya kan. Berkat perkongsian resepi ini, dapat juga bantu orang ramai.
Yang paling penting sekarang, jangan asyik keluar rumah kalau tak ada hal penting ye. Masak je kat rumah dan ambil peluang gembirakan anak-anak. Semoga resepi grantinated baked potatoes ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!