Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Sedap Macam Medan Selera. Memang Marvellous!
Resepi sizzling yee mee merupakan masakan yang dihidang panas-panas di atas hot plate. Ia juga menjadi hidangan yang disukai ramai kerana rasanya yang cukup enak dan menyelerakan. Selain menggunakan yee mee, sizzling boleh dimasak dengan pelbagai cara.
Nak masak sizziling yee mee ini tidak lah susah mana pun, sangatlah mudah. Tak ada hot plate pun anda masih boleh masaknya menggunakan kuali. Walupun tidak menggunakan hot plate, tapi rasa dan teksturnya tetap sama macam dikedai.
Sizzling yee mee boleh di dapati di merata-rata medan selera seperti aeon dan juga r&r. Selain ianya sedap dimakan panas-panas, ianya juga lebih enak dimakan bersama cili potong kecil yang direndamkan bersama kicap cair dan ada perahan limau nipis.
Resepi memasak sizzling yee mee ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Suzana Othman. Resepi ini cukup memudahkan anda para penggemar sizzling untuk menyediakannya sendiri dirumah.
Resepi sizzling ini merupaka resepi yang berasal dari china. Masyarakat china memang gemar dengan masakan berasaskan mee, dimana mee adalah bahagian penting dalam setiap masakan mereka.
RESEPI SIZZLING YEE MEE
Para penggemar sizzling yee mee anda boleh follow cara penyediaannya seperti dibawah ini. Boleh masak sendiri di rumah dan bila-bila masa nak makan pun boleh. Jom follow!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk kuah :
- 1 mangkuk ayam bahagian isi (dipotong dan dibersihkan)
- 10 biji cendawan shitake kering (rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian)
- 10 tangkai cili kering (dipotong)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 1 ketul kiub ayam
- 1 sk serbuk lada hitam (dikisar sendiri)
- 1 senduk kicap pekat
- 1 senduk sos tiram
- 1 sb minyak bijan
- 3 sb tepung jagung (dilarutkan dalam sedikit air)
- Garam
- Gula
- 1 liter air
Bahan-bahan lain :
- 1 bungkus yee mee
- Telur
- Pakchoy
CARA PENYEDIAAN SIZZLING YEE MEE :
▶️ Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering dan tumis sebentar.
▶️ Masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak.
▶️ Masukkan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
▶️ Masukkan cendawan shitake.
▶️ Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
▶️ Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
▶️ Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy.
▶️ Masak sekejap hingga mee lembut. Siap!
BACA JUGA: Resepi Lazat Chicken Mushroom Ala Chinese Style. Hidangan Sihat Yang Anda Wajib Cuba!
Wah! Dah siap pun. Apa yang penting dalam hidangan sizzling ini adalah kuahnya. Bila kuahnya sedap tanpa menggunakan hot plate pun sudah cukup menarik selera anda.
Hidangan sizzling bukan sahaja menggunakan yee mee, tetapi boleh juga digantikan dengan mee biasa dan juga nasi. Nak sedapkan lagi sizzling yee mee ni wajib ada cendawan dan juga telur. Confirm terangkat!
Lepas ni anda semua tidak perlu risau lagi, tanpa hot plate anda sudah boleh memasak sizzling yee mee homemade yang sama macam kedai . Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!