Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Memasak Siakap 3 Rasa Ala Thai Yang Sama Macam Kedai. Confirm Puas Hati!

0 589

Siakap 3 rasa ala thai akan menjadi pilihan pertama setiap orang bila ke kedai ataupun restoran thai. Ikan siakap yang digoreng garing dan disiram kuah yang mempunyai 3 rasa memang cukup menyelerakan.

Ikan siakap mempunyai isi yang lembut dan bila digoreng garing ianya lebih terasa enak. Lebih-lebih lagi dimakan bersama sos yang cukup rasa pedas, masam dan manis. Confirm membuka selera!

Sesekali nak makan siakap 3 rasa kat kedai bolehlah kan. Harganya juga boleh tahan. Ambil size yang sederhana memang cukup untuk 2 orang makan je. Hidangan ni sudah cukup di makan dengan nasi putih dan juga telur dadar.

Resepi siakap 3 rasa ala thai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Liza Idris. Hasil perkongsian beliau, ramai penggemar resepi ini yang ingin mencubanya.

Jarang sekali orang malaysia tak gemar pada masakkan ala thai. Semua masakkan thai memang sesuai dengan tekak orang melayu. Mungkin disebabkan masakan thai cukup dengan rasa pedas, masam dan juga manis.

 

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Kepada ibu-ibu yang nak berbuka puasa dengan ikan siakap masak 3 rasa ala thai ni, bolehlah follow cara penyediaan resepi ini. Masak kat rumah lebih berbaloi dari makan kat luar tau. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan siakap.
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 inci halia (dicincang halus)
  • 1 biji cili merah.
  • 3 biji cili api.
  • 1/2 biji timun
  • 1 biji tomato
  • 1 potong nenas.
  • 4 helai daun limau purut.
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan.

 

Bahan-bahan sos :
  • 3 sudu besar cili kering.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 2 sudu sos ikan/ 1 sudu kicap

CARA PENYEDIAAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI :

▶️ Lumur ikan dengan garam dahulu, kemudian salut dengan tepung jagung. Tepung jagung ni buat ikan tu lagi rangup.

▶️ Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan. Goreng sehingga garing.

▶️ Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah dan juga serai.

▶️ Masuk cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu.

▶️ Masukkan 3 sudu cili kering. Biarkan sekejap untuk cili yang dimasak menjadi kering.

▶️ Masuk sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan 1 cawan air. Kacau hingga kuah pekat.

▶️ Kuah dah pekat, baru masukkan sos ikan.

▶️ Kemudian, masukkan daun limau purut. Daun ni boleh buat kuah semakin sedap.

▶️ Seterusnya, bila kuah dah nak masak, masukkan tomato dan nenas.

▶️ Kuah dah ready, simbah kuah atas ikan yang digoreng tadi. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Sedap Macam Medan Selera. Memang Marvellous!

 

Dah siap! Tapi kena makan lepas buka puasa tau. Cukup meriah hidangan ni kan. Betul tak bila kita masak sendiri lebih berbaloi. Nak guna ikan lain pun boleh tapi ikan siakap lebih power.

Siakap masak 3 rasa ala thai ni memang menjadi hidangan yang digilai ramai. Jarang orang tak suka. Tapi, nak makan tu tak kan nak pegi makan kat restoran je kan. Lebih baik buat sendiri.

Memandangkan resepi pun dah ada. So, terpulang pada anda nak mencubanya dirumah atau masih nak beli dekat kedai. Semoga resepi siakap 3 rasa ala thai ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open