Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lazat Chicken Mushroom Ala Chinese Style. Hidangan Sihat Yang Anda Wajib Cuba!

0 2,560

Resepi chicken mushroom ala chinese stlyle merupakan masakan ala cina yang menggunakan ayam dan pelbagai jenis cendawan didalam hidangannya. Resepi ini menggunakan 4 jenis cendawan seperti cendawan shitake, tiram, enoki dan juga shimeji.

Cendawan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita, anataranya ialah meningkatkan imuniti badan dari virus, melawan kanser dan membantu penyerapan nutrien. Pengambilan cendawan setiap hari juga adalah cara lain untuk mendapatkan jumlah vitamin D dalam diet anda.

Cendawan boleh meningkatkan mood dan memberikan sedikit tenaga pada badan kita dan vitamin D juga dapat membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Ha! banyakkan khasiat cendawan ni.

Resepi chicken mushroom ala chinese stlyle ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Hanis Mohamad. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Kepada ibu-ibu yang buntu nak masak apa ayam yang ada dalam peti tu boleh cuba resepi ini. Lebih sihat dan sangat menyelerakan.

Hidangan ini mempunyai rasa yang manis disebabkan air didihan ayam dan sos tiram. Dan tekstur kuahnya juga tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kuah nya juga tidak menggunakan tepung jagung tetapi sangat sedap dihirup.

 

RESEPI LAZAT CHICKEN MUSHROOM ALA CHINESE STYLE

Resepi ini lengkap dengan sayuran dan juga lauk ayam. Walaupun dimasak dalam satu hidangan tetapi ianya cukup membuka selera. Jom kita ikuti resepi untuk hidangan lazat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Cendawan Shitake (potong ikut suka)
  • Cendawan Tiram (potong ikut suka)
  • Cendawan Enoki (potong ikut suka)
  • Cendawan Shimeji (potong ikut suka)
  • Lobak (potong ikut suka)
  • Bunga kubis (potong ikut suka)

 

Bahan-bahan untuk menumis :
  • Bawang putih (dipotong dadu)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Halia (dihiris kasar)
  • Cili kering potong 3

 

CARA PENYEDIAAN CHICKEN MUSHROOM ALA CHINESE STYLE :

▶️ Mula-mula panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan tumisan dan tumis sehingga naik bau. Tak perlu garing.

▶️ Kemudian, masukkan cendawan shitake. Masak sampai cendawan layu sedikit.

▶️ Masukkan ayam yang telah dipotong.

▶️ Masukkan pula 5 sudu sos tiram dan gaul sebati dengan ayam. Masak sehingga ayam keluarkan air.

▶️ Tuangkan sedikit air dan biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.

▶️ Kuah dah menggelegak, baru la masukkan cendawan tiram, enoki dan shimeji tadi.

▶️ Last sekali, letak sayur dan biarkan masak seketika. Ok done.

 

BACA JUGA: Cara Buat Crispy Chicken Tortillazzz Mudah Dan Enak. Resepi Diet Yang Anda Mesti Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Nampak pekat kuahnya walaupun tidak menggunakan tepung jagung kan. 3 jenis cendawan ini pula perlu diletak akhir, supaya tidak terlebih masak dan lembik. Sebab bila dah lembik tak sedap pula.

Anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis sayur yang anda suka. Boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Hidangan ini boleh dijadikan juadah berbuka puasa dan juga sedap diratah begitu saja, pasti mengenyangkan anda.

Kepada penggemar cendawan dan juga masakan ala cina, anda dialu alukan mencuba resepi ini. Semoga resepi chicken mushroom ala chinese style ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open