Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh Yang Paling Mudah. Sangat Sedap Dan Pasti Menyelerakan!

0 8,691

Resepi sambal bilis belimbing buluh ini adalah hidangan yang mampu membuka selera makan kita. Siapa je yang tak suka pada sambal kan? Orang melayu memang gemar dengan masakan pedas dan sambal. Tak selera dibuanya kalau tak ada pedas sambal ni.

Resepi ini mampu buat anda menambah nasi. Tak ada lauk pun tak apa. Sambal bilis belimbing buluh sudah cukup menarik selera makan. Sesetengah orang tak ada lauk pun tak apa yang penting wajib ada sambal ikan bilis atau apa saja jenis sambal.

Belimbing buluh yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional. Ianya juga digunakan sebagai ramuan dalam masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning.

Tahu atau tidak, belimbing buluh ini juga dapat menghilangkan rasa hanyir pada ikan-ikan darat iaitu ikan air tawar.  Mesti ada yang baru tahu kan. Baru semalam kongsikan resepi kek belimbing buluh, hari ni kongsi resepi buat sambal guna belimbing buluh pula.

Belimbing buluh memang terasa agak masam. Tapi, masam juga adalah salah satu penyedap sesuatu hidangan . Jom kita ikuti resepi sambal bilis belimbing buluh yang dikongsikan oleh Cik Puan Nanie Rosnani.

 

RESEPI SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH

Banyak kegunaan belimbing buluh ni dalam masakan. Nak makan macam tu memang tak mampu, sebab teramatlah masam. Jadi, jom kita tengok cara penyediaan resepi sambal yang menggunakan belimbing buluh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan bilis*
  • Cili merah & cili padi* – (Ikut suka nak pedas mana)
  • Bawang merah*
  • Belacan (optional)*
  • Belimbing buluh – dihiris bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.
  • Petai -dihiris (optional)

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH :

▶️ Mula-mula, tumbuk kasar atau halus bahan yang bertanda *.

▶️ Kemudian, tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk.

▶️ Masukkan belimbing buluh dan juga petai.

▶️ Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan dengan garam dan juga gula. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Paling Mudah Buat Sushi Homemade. Lebih Puas Hati Dan Confirm Sedap!

 

Hidangan yang sangat mudah dan pastinya sedap. Semudah ABC dan 123. Musim belimbing buluh mesti ramai yang buat hidangan ni. Buat je banyak-banyak boleh simpan dalam peti. Nak makan lagi boleh panaskan. Lagi kaw!

Tahu tak yang jus buah belimbing buluh ni dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga kejadian kes pitam. Kena ambil tahu ni.

Ok lah. Semoga resepi sambal bilis belimbing buluh dan sedikit info tentang belimbing buluh ni bermanfaat kepada kita semua. Jangan lupa cuba resepi ni tau. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open