Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Blueberry Cupcake Ala Hokkaido. Lembut Dan Penuh Filling!
Sebelum ni kalau buat blueberry cupcake, mesti kena buat banyak. Sebab biasanya buat banyak sebab berkumpul ramai-ramai satu keluarga besar. Baru puas dan seronok nak makan kan. Tapi sejak dah covid, bila lagi peluang nak berkumpul. Sedihnyaaa!
Tapi resepi blueberry cupcake ni serious sedap dan wajib korang cuba. Selalukan kita dengar bluebeery cake, blueberry cheesecake, blueberry cheesetart lah kan. Tapi kali ni kita buat kek cuma menggunakan cawan kertas.
Resepi asal ni dikongsikan oleh Cik Puan Nor Azliza Mohamed menerusi facebook beliau. Apa yang bestnya, resepi beliau kongsikan ni senang nak buat dan menghasilkan rasa yang sedap. Tak hairanlah kalau asyik makan berulang je kan.
Selain blueberry cupcake ni, kalau korang nakbuat dengan perisa lain pun boleh. Contohnya strawberry, coklat, mango dan sebagainya. Sebab kebiasaannya filling atau perisa ni memang dijual di kedai kek kan.
Antara yang paling banyak permintaan memang blueberry. Andai korang nak buka jualaan, boleh cuba pelnagaikan pilihan supaya pelanggan boleh pilih perisa kegemaran mereka.
RESEPI BLUEBERRY CUPCAKE
Gunakan sazi cupcake yang sesuai dan sedikit tinggi. Kalau gunakan yang kembang dan kecil risau masuk adunan jadi berat dan tak cantik masak dia. Cawan kertas juga pastikan ianya berkualiti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 125 gram butter
- 100 gram gula halus
- 3 bij telur gred A
- 1 ½ sudu kecil esen vanilla
- ¾ cawan susu
- Blueberry atau apa-apa jem filling yang kita suka
BAHAN AYAK :
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN BLUEBERRY CUPCAKE :
▶ Mula-mula sekali, pukul butter dan gula sampai adunan jadi gebu dan putih.
▶ Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik. Sambil masukkan telur, sambil putarkan mixer.
▶ Seterusnya masukkan esen vanilla. Pukul lagi sampai sebati.
▶ Bila dah sebati, masukkan bahan ayak sikit demi sedikit. Selang seli kan dengan susu sehingga habis. Kacau adunan dan gaul sampai bahan sekata.
▶ Sediakan cupcake susun dalam dulang pembakar. Waktu ni dah boleh panaskan oven.
▶ Masukkan adunan dalam 3.4 cawan sahaja. Kemudian letakkan 1 sudu kecil fillin di atasnya. Ada yang suka paipkan ke dalam kek yang sudah masak. ala-ala Hokkaido cake tu.
▶ Tapi nak mudah letakkan filling atas cake dan bakar dengan suhu 170’c selama 20 hingga 25 minit sahaja.
▶ Bila dah masak, biarkan suam seketika. Siap dan boleh dihidangkan!
Fuuh! Kalau dapat makan blueberry cupcake ni, tak pandai makanan lain dah. Macam-macam cara yang boleh kita buat untuk extrakan lagi sedap cupcake kita ni sebenarnya.
BACA JUGA: Cuba Buat Tofu Telur Sweet Sour. Resepi Simple Dan Mudah!
Cuma perlu ada kerajinan sahaja. Contohnya dengan combinekan filling dengan creamcheese. Boleh hasilkan dua rasa dlam 1 cupcake.
Nak buat birthday party kecil-kecilan, boleh buat sendiri je cupcake ni. Memang mudah dan tak ambil masa lama nak siapkan cupcake ni.
Boleh save dan share dulu perkongsian resepi Blueberry Cupcake Ala Hokkaido ni. Senang juga nak rujuk semula bila berkesempatan nak buat. Kepada yang nak try, saya ucapkan selamat mencuba!