Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Merah Thai Flag Of Thailand. Lauk Yang Sedap Dan Pasti Menjilat Jari!

0 94

Dah masak lauk makan tengahari? Ada yang nak cuba resepi daging merah Thai flag of Thailand tak? Resepi yang sangat simple tapi hasilnya pasti buat anda menjilat jari. Raya korban macam ni tentu banyak daging dirumah memasingkan.

Resepi daging merah Thai ini dimasak dengan menggunakan bahan yang tidak renyah. Sebelum mula memasak, daging perlu direbus dengan pewarna merah. Bila lembut dan empuk barulah daging dihiris nipis-nipis dan dimasak merah.

Masakan Thai sangat sesuai denga tekak orang Malaysia. Apa saja masakan yang berasal dari sana pastinya menjadi kesukaan ramai. Yang penting halal dan boleh dimakan. Resepi ini boleh juga digantikan dengan ayam mika tak makan daging.

Resepi daging merah Thai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Aisya. Nampak sedap sangat bila dilihat pada gambar perkongsian beliau. Nak kata apa lagi, jom cuba!

Musim PKP ni, dah tak dapat nak makan kat restoran Thai malam-malam lagi. Kedai pun tak boleh beroperasi waktu malam. Kalau nak makan juga kena bungkus dan bawa balik kerumah dań beli aktu siang.

 

RESEPI DAGING MERAH THAI FLAG OF THAILAND

Kalau dah ada resepinya disini, kenapa perlu beli diluar lagi. Masak je sendiri dirumah. Lebih jimat dan keselamatan kita juga terjamin dari terjangkit dengan virus Covid-19 yang semakin mengganas sekarang ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan rebusan :
  • Daging (direbus empuk dan dihiris nipis))
  • Pewarna merah

 

Bahan lain :
  • 3 ulas Bawang putih (diracik halus)
  • 6 biji Cili api (dipotong tengah)
  • 1 biji Bawang holand (dihiris kasar)
  • 4 helai Daun limau purut
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar Sos cili
  • 2 sudu besar Sos ikan

CARA PENYEDIAAN DAGING MERAH THAI FLAG OF THAILAND :

▶️ Daging direbus empuk bersama pewarna merah. Kemudian, dihiris nipis.

▶️ Tuang minyak secukupnya kedalam kuali.Setelah panas, masukkan kesemua daging sekali gus. Gaul rata dan bagi sedikit kesan goreng pada daging. Angkat dan ketepikan.

▶️ Terus tumis bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan daging tadi. Gaul rata masakan.

▶️ Letak semua jenis sos bersama sedikit perasa.

▶️ Last sekali, letak bawang holand, daun limau dan cili api. Gaul-gaul dan siap!

 

BACA JUGA: Resepi Roti Diet Hanya 70 Kcal Je Sekeping. Sangat Sedap Dan Lembut Hasilnya!

 

Siap untuk dihidang! Mudah sangatkan. Tekstur masakan Thai sangat terkenal dengan rasa pedas dan juga masam manisnya. Aroma daun limau purut dalam masakan ini menambahkan lagi selera kita.

Lauk daging merah Thai ini enak dimakan bersama nasi putih panas-panas dan ditambah dengan menu lain seperti sayur campur atau kailan ikan masin dan juga telur dadar. Ala-ala makan kat kedai Thai nikmatnya.

Lepas ni kalau rindu dengan masakan Thai, search je resepinya di blog ni. Pelbagai jenis masakan Melayu, Thai, Western dan macam-macam lagi ada disini. Semoga resepi daging merah Thai flag of Thailand ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open