Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Maggi Kari Tumis. Simple Jer Tapi Comfirm Repeat!

Maggi tumis sedap
0 6,259

Walaupun perut dah kenyang, tapi bila ada yang buat maggi kari tumis ni mesti nak juga rasa satu dua sudu kan. Memang maggi ni favourite semua orang lah senang kata. Siapa je yang boleh tolak kalau dioffer.

Nak masak maggi kari ni, kena pandai tau. Silap cara memang boleh spoil mood nak makan lah jawabnya. Dan paling penting nak masak maggi kari tu tak boleh nak masak banyak-banyak sekali gus. Nanti boleh lari rasanya.

Maggi kari ni semua orang pandai buat. Asal magginya lembut, letak prencah, bubuh telur, masukkan sayur dah siap. Tapi nak yang super sedap mestilah ada caranya.

Jom saya kongsikan resepi nak buat maggy kari ni versi resepi Cik Puan Che Enon Aiskrim ni. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur tau.

Nak masukkan binatang apa, terpulang kepada kita. Ada yang suka masukkan ayam, sosej, dan nak mewah sikit boleh masukkan udang dan ketam. Memang hirup kuah sampai licin lah kita nanti.

 

RESEPI MAGGI KARI TUMIS

Buat masa ni, pernah buat maggi kari sahaja tau. Untuk maggi tomyam dan maggi lain belum pernah cuba. Boleh lah korang cuba jika tak suka yang kari.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket maggi kari
  • Sayur sawi
  • Isi ayam / Udang / Sotong
  • 1 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • 3-4 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • Sedikit gula

 

CARA PENYEDIAAN MAGGI KARI TUMIS :

▶ Mula-mula sekali, tumis bawang putih sampai naik bau.

▶ Kemudian, masukkan rempah maggi kari tu, tumis sampai wangi

▶ Seterusnya masukkan sos ikan, kicap, cili sos, sos tomato dan sedikit gula.

▶ Kacau sebati dan masukkan air.

▶ Seterusnya, masukkan sayur, telur dan maggi.

▶ Masak sampai lembut sedikit sahaja. Jangan over cook nanti tak sedap.

▶ Jika suka telur half cook, boleh masukkan telur lewat sedikit.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Nasi Lemak Manis Dan Pedas. Garenti Jadi Sedap!

Kacang sangat nak buat maggi kari tumis ni. Nak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!

Sebelum ni pernah juga saya tengok beberapa versi buat maggi kari tumis ni. Termasuklah yang dikongsikan oleh Kak Lina Pom Pom tu. Haa beliau masukkan sedikit serbuk kari untuk sedapkan lagi rasa.

Nak buat versi mana pun boleh asalkan sedap dimakan dan boleh habis licin 1 mangkuk maggi kari kita. Kepada yang nak mencuba follow resepi ni, saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open