Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Crispy Beef Atau Daging Goreng Rangup Yang Super Sedap. Garing diluar dan juicy didalam!
Pernah tak antara anda semua mencuba resepi crispy beef atau daging goreng rangup? Kali ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi daging goreng rangup yang boleh dibuat secara homemade. Dimakan dengan nasi bawang lagi sedap!
Untuk menghasilkan resepi daging goreng rangup ini anda digalakkan menggunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar dan lembut di dalam.
Daging akan dimasak dua kali. Yang mana untuk pertama kalinya, daging akan diperap dengan beberapa bahan perapan yang lain dan digoreng dengan menggunakan salutan telur dan tepung jagung.
Kemudian, daging diangkat dan dimasak lagi sekali dengan mengguakan bahan tumisan dan campuran chili flakes. Dilengkapkan lagi dengan sos, cuka dan yang penting bawang holland yang digoreng hingga terkaramel.
Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan. Beliau telah mencuba resepi dari seorang sabahatnya yang berniaga kedai makan.
RESEPI CRISPY BEEF ATAU DAGING GORENG RANGUP
Beliau terpaksa memasak sendiri resepi ini dirumah, memandangkan beliau telah berpindah ke JB. Sahabat beliau pula menjual nasi crispy beef di area Wangsa Maju. Setiap kali melihat iklannya pasti teliur!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 400g daging
- 1 biji bawang Holland (dihiris)
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 butir telur
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
- 1 sudu empingan cili
- 1-2 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar lada sulah
- 1 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar bijan (disangai)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN CRISPY BEEF ATAU DAGING GORENG RANGUP :
▶️ Hiris bawang holland nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit.
▶️ Masukkan secubit garam semasa menggoreng bawang. Bawang holland ni manis kalau digoreng hingga terkaramel.
▶️ Bila bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
▶️ Potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5 cm tebalnya. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang atau rimau menangis.
▶️ Perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. Masak lebih kurang 30 minit dah cukup.
▶️ Seterusnya masukkan tepung jagung, gaul sampai setiap hirisan daging diselaputi tepung. Selain tepung jagung boleh juga menggunakan tepung kentang (potato starch).
▶️ Goreng dengan minyak yang panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Begini hasil gorengan daging buat kali kedua (double fry) agar lebih garing. Maksudnya goreng sampai keemasan. Angkat dan tos. Rehatkan seminit. Goreng sekali lagi.
▶️ Angkat dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Teksturnya akan garing diluar, tapi masih berjus di dalam.
▶️ Seterusnya buat sos. Sos untuk gaul dengan daging tadi. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
▶️ Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sedikit.
▶️ Masukkan kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami.
▶️ Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ini, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”.
▶️ Akhir sekali, masukkan bawang goreng tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ini unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni wajib letak.
▶️ Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
▶️ Tabur sedikit bijan dan boleh dihidang!
BACA JUGA: Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap Dan Mudah. Yang Penting Kenyang Perut Dibuatnya!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Nak dihidang bersama nasi bawang lagi sedap. Sukatan untuk resepi ini untuk 3-4 orang makan ye.
Aduhai, berkeriuk diluar tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni pun dah sedap apatah lagi dimakan dengan nasi bawang. InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Boleh search resepi nasi bawang diblog ini kalau tak tahu resepinya.
Kepada mereka penggemar crispy beef, lepas ni anda boleh follow sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan disini. Masak sendiri lagi puas hati. Semoga resepi crispy beef atau daging goreng rangup ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!