Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ikan Masak Taucu. Mudah Dan Simple Je Resepi Kampung!

Ikan kembung masak taucu
0 9,755

Pernah makan ikan masak taucu? Paling suka bila buat dengan ikan kembung atau ikan tenggiri lauk masak taucu ni. Rasa masin dia, makan dengan ikan yang digoreng tu memang sedap sangat.

Tapi sebenarnya lauk ni tak ramai yang suka tau. Kemungkinan sebab penggunaan taucu itu sendiri. Yelah dari kacang soya kan. Mesti ada yang tak suka makan kacang soya begitu.

Kalau nak buat masak taucu ni, gunakan brand cap Jalen. Rasa dia nice je dan confirm masakan korang tu jadi marvellous! Bertambah nasi dibuatnya.

Nak buat masakan taucu ni, boleh je kalau tak nak buat dengan ikan. Nak gunakan ayam pun sedap. Ada yang buat sambal tempoyak taucu. Jadi, terpulang kepada kita nak gunakan apa sebagai bahan utama.

Perkongsian kali ini dikongsikan oleh Tuan Srezuan Nazlan Ismail melalui Group MATJ@HN. Tak sangka juga resepi dia simple je nak buat dan memang mudah nak follow.

 

RESEPI TAUCU JALEN IKAN SIMPLE

Nak guna brand lain pun boleh sahaja. Gunakan apa sahaja yang memang dah ada kat dapur. Tapi nanti, kalau nak beli boleh cuba cap Jalen pulak tau!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan ( tak kisah nak gunakan ikan apa pun )
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia
  • Asam jawa atau asam keping
  • Taucu cap Jalen
  • Cli padi
  • Tomato
  • Minyak masak
  • Air
  • Cili besarHijau

CARA PENYEDIAAN TAUCU JALEN IKAN SIMPLE :

▶ Mula-mula sekali, basuh bersih ikan dan gaulkan dengan garam kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan seketika.

▶ Kemudian, hiris bawang putih, bawang besar, hali dan juga tomato.

▶ Kemudian, panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili padi dan cili hijau sampai naik bau.

▶ Bila dan wangi, masukkan taucu. Kacau taucu dan masukkan air sedikir.

▶ Biarkan air mendidih. Kemudian masukkan tomato dan cili padi. Kalau tak nak pedas sangat, cili padi tak perlu potong.

▶ Seterusnya, masukkan asam keping. Kacau seupaya rasa dia sekata.

▶ Akhir sekali, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Biarkan seketika dan perasakan kuah dengan garam jika perlu.

▶ Rasa dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan ready untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Maggi Kari Tumis. Simple Jer Tapi Comfirm Repeat!

Simple tapi sedapnya tu memang tak boleh nak tahan tau. Makan dengan nasi panas-apanas je pun dah cukup. Taucu ni rasa dia masin tau. Jadi, biasanya dah tak perlu nak add garam pada penghujung masakan.

Tengok je pun dah berselera belum lagi rasa. Jika ada yang nak campur petai pun boleh, sebab masakan taucu ni kuahnya tidak lah banyak seperti gulai. Jadi kalau dapat makan petai bersama pasti akan ada yang suka.

Kepada yang nak mencuba, boleh follow je resepi ikan masak taucu yang saya kongsikan ni tau. Sekali buat pun confirm menjadi! Good luck semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open