Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Telur Bungkus Homemade Untuk Orang Diet. Makan Macam Tu Je Pun Dah Sedap Weh!

0 166

Hari-hari kena masak, bukan letih tapi penat nak mikir lauk apa nak masak hari ni. Ha, kita buat lauk berasaskan telur la. Ni dia resepi telur bungkus homemade. Rasa lagi sedap dari makan kat kedai.

Telur bungkus ni hidangan 2 dalam 1. Dapat makan telur, dapat makan lauk ayam sekali. Haa, jimat masa nak masak. Macam makan telur dadar dengan ayam masak sos jadinya. Hidangan ni sesuai jugak untuk orang diet yang tak nak makan nasi.

Ada orang tak reti nak buat telur bungkus ni. Takut tak jadi katanya. Sebenarnya tak susah mana pun. Korang kena guna teknik yang betul je. Step by step cara penyediaan telur bungkus ni ada kat sini. Tinggal korang follow je. 

Antara banyak-banyak resepi telur bungkus. Aku tertarik dengan resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Eriyka Syhka. Cantik elok je kejadiannya. Makan dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya! 

Makan kat kedai pun sedap juga. Tapi aku lagi prefer masak sendiri kat rumah. Nak makan sampai licin pinggan pun tak malu. Siap boleh tambah-tambah nasi lagi. Kat luar nak order lagi satu pinggan nasi putih aku dah malu tau!

 

RESEPI TELUR BUNGKUS 

Mesti ada yang tak sabar nak tahu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan telur bungkus ni kan. Jom kita tengok bahan-bahan dan step by step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan : 
  • Isi ayam cincang
  • Sayur campur
  • Bawang Holland
  • Bawang putih
  • Cili kisar sedikit (Kalau nak pedas boleh lebihkan)
  • Sos cili
  • Sos tiram

CARA PENYEDIAAN TELUR BUNGKUS : 

▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

▶️ Dah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis cili hingga agak garing.

▶️ Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau kejap, masukkan isi ayam. Lepastu masukkan sedikit air untuk masak ayam.

▶️ Masukkan sayur campur dan bawang Holland. Masak hingga kuah agak kering. Lepastu masukkan garam dan perasa.

▶️ Dah cukup rasa tutup api. Siap! Boleh nak kuah lebih tapi nanti asingkan kuahnya dulu. Takut masa bungkus kuah meleleh.

CARA BUNGKUS : 

▶️ Panaskn kuali, pukul telur dan guna 2 biji telur. Kalau masak banyak boleh lebih kan telur.

▶️ Bila kuali dah betul-betul panas. Masukkan sedikit minyak. Golek-golekkan kuali biar minyak rata sepenuhnya kat kuali. 

▶️ Pastikan minyak dah rata sekeliling kuali dan minyak tak betakung kat dalam kuali. Nanti telur tak nak lekat tepi-tepi kuali.

▶️ Lepas tu boleh slowkan api paling kecil. Curahkan telur dan golek-golek telur, biar penuh kuali tu.

▶️ Bila nampak telur agak separuh masak ditengah masukkan ayam tadi. Tunggu hingga telur dah masak.

▶️ Lipat kiri kanan telur tu dan ambil pinggan letak atas telur tu. Kemudian, terbalik kan kuali kat pinggan. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Buat Bakwan Kangkung Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Cili Kicap Lagi Padu!

 

Semudah ABC! Resepi ni memang untuk korang yang ikut mood nak masak. Kalau malas sangat, haaa meh masak telur bungkus ni. Tung tang tung tang kat dapur dah siap! Boleh la ubah sikit cara masak telur yang selalu korang buat tu. Mesti bosan makan telur dadar je kan. 

Buat telur bungkus ni terus teringat kat sorang kawan aku. Tiap kali makan kat luar, mesti dia order telur bungkus ni. Lepas tu tak nak makan dengan nasi pulak tu. Katanya, malam-malam makan ni pun dah kenyang. Nasi tu berat sangat. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Eriyka Syhka kerana sudi berkongsi resepi telur bungkus homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open