Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sate Ayam Dan Daging Yang Mudah Dan Sedap Macam Pasar Malam. Confirm Nak Lagi!

0 2,061

Sate ayam dan daging merupakan makanan yang menjadi kegilaan ramai. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang. Kebiasaannya sate dimakan bersama kuah kacang dan juga nasi impit.

Sate ni mula-mula dulu dicipta oleh para pedagang jawa dari pulau jawa, Indonesia. Yang mana mereka menjual daging bakar dipinggir jalan. Sekarang satay bukan sahaja terkenal di indonesia tapi telah tersebar luas di negara asia termasuk Malaysia.

Sate boleh dihidang dengan pelbagai jenis antaranya sate ayam, daging, kambing, arnab, itik dan macam-macam lagi. Terdapat banyak kawasan yang terkenal dengan jualan sate seperti sate kajang. Hampir setiap hari tempat ini menjadi tumpuan ramai.

Memandangkan sekarang negara kita dilanda pendemik covid-19, mesti ramai yang rindu nak makan sate kat luar kan? Nak perap sendiri tak reti. Jangan bimbang jom kita follow resepi yang telah dikongsikan oleh Encik Azizi Zamani. Confirm menjadi!

Perapan yang digunakan ini boleh dimakan dengan apa-apa jenis daging. Untuk menyedapkan lagi sate, ianya perlu diperap minimun 4 jam didalam peti. Barulah bahan perapan masuk kedalam daging dan terasa enak dimakan.

 

RESEPI SATE AYAM DAN DAGING

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan sate ayam dan daging ini. Dan bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg Daging atau ayam
  • 7 ulas Bawang putih
  • 2 ulas Bawang besar
  • 1  Inci setengah Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 5 g Ketumbar
  • 2 sudu Jintan manis
  • 1 sudu Jintan putih
  • 3 batang Serai
  • 1 cawan Gula melaka dipecah-pecahkan (sukatan ikut suka kalau nak manis boleh lebihkan)

CARA PENYEDIAAN SATE AYAM DAN DAGING :

▶️ Kisar semua bahan kecuali gula melaka.

▶️ Campurkan bahan kisar dan gula melaka kedalam satu bekas.

▶️ Perapkan ayam dan daging. Untuk mencantikkan lagi warna sate, campurkan sedikit serbuk kunyit.

▶️ Perap sekurang-kurangnya 4 jam dalam peti ais.

▶️ Siap diperap, boleh dibakar dan dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Mudah & Sedap. Anak-Anak Pasti Suka!

 

Siap! Kalau tak dapat berkelah dengan keluarga kat tepi pantai. Bolehlah bakar sate kat halaman rumah. Mudahkan cara penyediaannya. Nak makan sate ni kena bekorban sikit. Bekorban tenaga nak bakar sate.

Sate ni dapat dengan kuah kacang yang pekat dan pedas mesti terangkat punyalah. Lepas ni anda semua boleh mencubanya dirumah. Tak perlu keluar lagi, buat sendiri lebih puas hati. Nak bakar banyak mana pun boleh.

Tak pernah lagi jumpa orang yang tak suka pada sate. Boleh dikatakan hujung minggu mesti penuh je gerai sate yang ada.  Semoga resepi sate ayam dan daging ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open