Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Makan Budu Supaya Lebih Sedap. Makan Dengan Ulam, Comfirm Bertambah Nasi!

Cara buat budu sedap
0 3,016

Bagi orang Pantai Timur terutamanya, budu merupakan makanan yang dah sebati dalam diri setiap orang. Kalau kita di luar, mungkin biasa makan sambal belacan. Wajib ada pada setiap hidangan, begitu juga mereka dengan budunya.

Sebenarnya nak makan budu ni ada pelbagai cara supaya ianya rasa lebih sedap dimakan. Tidak hairanlah bagi orang Kelantan dan Terengganu, penggunaan budu dalam masakan adalah sangat biasa.

Baru-baru ini, pernah saya kongsikan bagaimana seseorang kongsikan resepi buat ayam singgang versi Kelantan yang menggunakan budu dalam masakan beliau. Nampak berselera dan sudah pasti rasanya pun sedap.

Bagi siapa yang suka makan nasi kerabu juga, mesti perasan penggunaan budu sebagai antara bahan utama yang menyedapkan lagi nasi kerabu kita. Andai nasi kerabu tanpa budu rasanya memang tidak lengkap.

Salah satu cara makan budu ni seperti biasa sebagai bahan cicah dengan ulam. Cik Puan Siti Zanariah ni kongsikan macam mana nak hasilkan atau buat budu kita jadi lebih padu rasa dia bila makan dengan nasi putih.

 

RESEPI BUDU LEBIH SEDAP

Kalau perasan, budu ni ada pelbagai jenis brand. Namun yang paling popular adalah brand cap ketereh. Rasa dia ngam-ngam tidak terlalu masin.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 1 biji bawang besar ( saiz kecil – hiris nipis )
  • 4-5 biji cili padi ( hiris kecil-kecil )
  • Sedikit bunga kantan ( hiris halus )
  • 2 batang serai ( hiris bulat nipis )
  • 1 biji limau nipis ( perah ambik jusnya )
  • 4 botol budu cap ketereh ( boleh gunakan cap apa-apa pun)

CARA PENYEDIAAN BUDU :

▶ Mula-mula sekali, sediakan semua bahan-bahan di atas. Hiris yang mana perlu, racik bahan -bahan yang disediakan.

▶ Serai pastikan racik halus-halus ye supaya bau dia lebih wangi dan tak susah nak makan.

▶ Satukan semua bahan dalam bekas beserta budu yang dalam botol tadi.

▶ Gaulkan rata, akhir sekali baru perahkan jus limau nipis. Perahkan ke dalam bekas dan kacau semua bahan sekata.

Untuk makan dengan ulam, boleh sediakan ulam-ulam yang kita suka. Contohnya adalah seperti :

  • Kacang botol
  • Bendi
  • Timun ulam
  • Pucuk Ulam Raja
  • Pucuk pegaga
  • Kacang Panjang

 

BACA JUGA: Cara Buat Tauhu Telur Secara Homemade. Resepi Simple Dan Mudah Guna 3 Bahan Je!

 

Kemudian hidangkan dengan nasi putih yang masih panas. Bagi yang memang gemar makan budu, cukup dengan ulam ni je pun dah boleh buat kita makan bertambah tau.

Sewaktu saya tinggal di Kelantan dulu, memang budu ni menjadi makanan wajib ada untuk setiap kali hidangan baik untuk makan tengah hari atau malam. Tapi sejak dah pindah keluar, jarang sikit makan mungkin sebab stok pun susah sikit nak dapat di Kawasan saya.

Kalau sesiapa yang belum pernah cuba makan budu, boleh cuba makan dengan cara yang saya kongsikan ni. Siapa tahu, kena dengan tekak kita kan. Satu lagi cara yang mak saya suka dengan letakkan 1 ulas durian bersama hidangan budu ni. Cubalah! Mesti korang suka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open