Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Lempeng Susu Yang Lembut Dan Sedap. Hidangan Minum Petang Bersama Keluarga Tersayang!
Lempeng susu atau pankek susu merupakan hidangan minum petang yang paling mudah dan sedap dimakan bersama madu, jem atau pun sambal. Rasanya yang lembut dan berlemak sudah pasti disukai ahli keluarga.
Lempeng adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama di atas permukaan rata. Lempeng biasanya dimakan dengan sambal atau di makan begitu sahaja.
Terdapat pelbagai jenis lempeng yang menjadi kesukaan ramai, antaranya lempeng pisang, susu, kelapa dan macam-macam lagi. Lempeng bukan sahaja di jual di warung atau kedai makan tapi menjadi satu menu makanan di hotel-hotel terkemuka.
Terima kasih diucapkan buat Cik Puan No Or kerana sudih berkongsi resepi lempeng susu ini. Lempeng sudah pasti menjadi hidangan pilihan setiap isi rumah diwaktu pentang.
Lempeng juga boleh dipelbagaikan rasanya dengan menambah nutella atau pun peanut butter. Hidangan ini boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.
RESEPI LEMPENG SUSU
Nak cuba lepeng susu versi kak No Or boleh la follow sebijik-sebijik bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kering :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sdt serbuk penaik
- 1 sdb gula
- Secubit garam
Bahan lain :
- 3/4 cawan susu segar
- 1 biji telur
- 2 sdb butter yang dah di cairkan
- 1 sdt esen vanilla
*Kalau guna pan biasa, kena siapkan minyak tuk glis pan ye, supaya tak melekat.
CARA PENYEDIAAN LEMPENG SUSU :
▶️ Satukan semua bahan kering dalam mangkuk dan gaul.
▶️ Campurkan susu, telur dan butter cair dalam bekas yang lain.
▶️ Gaul rata semua bahan. Kacau dengan whist. Simpan dalam masa 15 minit.
▶️ Panaskan pan. Sendukkan adunan dalam pan panas. Bila dah nampak gelembung, boleh balikkan lempeng.
▶️ Dah masak boleh makan dengan madu atau jem.
BACA JUGA: Resepi Sate Ayam Dan Daging Yang Mudah Dan Sedap Macam Pasar Malam. Confirm Nak Lagi!
Siap untuk dihidang! Lempeng ni makan panas mahupun sejuk tetap sedap. Selain dimakan dengan madu dan jem, sangat sedap dimakan dengan sambal. Confirm terangkat!
Untuk mendapatkan tekstur lempeng yang lebih baik, adunan lempeng perlu dan wajib dicampurkan dengan telur. Barulah lempeng terasa lembut dimakan.
Semoga resepi lempeng susu atau pankek susu ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!