Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Mudah & Sedap. Anak-Anak Pasti Suka!
Pernah tak anda cuba resepi bebola ayam homemade. Anak-anak memang gemar dengan kudapan ini. Dan sudah pasti ibu-ibu biasanya akan membeli stok bebola ayam dan menyimpannya di rumah buat kudapan anak-anak di masa lapang.
Bebola ayam boleh dibuat secara homemade, dan cara penyediaannya juga sangatlah mudah. Ianya juga boleh disimpan secara frozen dalam peti seperti bebola yang di jual dikedai.
Bebola ayam frozen yang dijual dikedai mungkin ada bahan-bahan pengawet yang tidak baik untuk tubuh badan kita. Jadi apa kata ibu-ibu sekalian mencuba resepi bebola ayam ini dirumah.
Bila kita sendiri yang menyediakannya, pasti kita lebih tahu tahap kebersihan dan bahan apa yang dicampurkan dalam bebola ayam tersebut. Jadi mari kita ikuti resepi bebola ayam homemade yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Aishah Razali.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para ibu diluar sana. Kadang-kadang kita perlu ambil tahu setiap kandungan yang dimakan oleh anak-anak kita untuk menjaga kesihatan mereka.
RESEPI BEBOLA AYAM HOMEMADE
Kepada ibu-ibu yang gemar dengan makanan homemade anda mesti sukakan resepi ini. Jom kita lihat cara dan langkah penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 ketul bahagian isi dada ayam*
- Bawang merah dan putih*
- 1 sudu kecil garam*
- Suku kuib ayam knor no msg*
- 1 sudu kecil lada putih*
- 1 biji telur*
- 2 sudu besar tepung ubi / tepung jagung*
- 1 biji lobak merah diparut (optional)
- Daun sup (optional)
CARA PENYEDIAAN BEBOLA AYAM HOMEMADE :
▶️ Kisarkan semua bahan yang bertanda *. Kemudian, campurkan semua bahan optional seperti lobak dan daun sup. Tak nak letak pun tak apa.
▶️ Kemudian, bentukkan bebola menggunakan sudu.
▶️ Rebus bebola. Bebola ayam akan timbul bila sudah masak.
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Bali Viral Rasa Sebijik Makan Kat Kenduri. Rugi Tak Cuba Memang Sedap!
Siap! Mudahkan. Lebih terjamin tahap kebersihannya tanpa was-was kita berikan pada anak-anak. Bila bebola ayam siap dimasak, anda boleh menyimpannya dalam peti dan menggorengnya bila perlu.
Bebola ayam ini juga boleh digoreng menggunakan tepung bestari, dan lebih enak dimakan bersama sos dan juga mayonis. Bebola ayam ini juga, boleh dibuat sup seperti bakso atau mee hoon sup. Mesti sedap!
Ok lah, semoga resepi bebola ayam homemade yang mudah dan sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!