Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Popiah Carbonara Untuk Breakfast. Tak Cukup Seketul Dibuatnya!
Siapa pernah try resepi popiah carbonara. Nampak menarik ye! Beza dengan kuih popia inti sayur yang biasa kita buat. Inti popia carbonara ni memang creamy. Rangup diluar dan lembut berkrim di dalam.
Boleh buat inti waktu malam dan simpan dalam peti. Esok pagi bangun, salut je inti dengan kulit popia. Makan kuih ni panas-panas tanpa sos pun sedap ye. Boleh hidang untuk breakfast dan minum petang.
Inti carbonara ni boleh di masak menggunakan isi ayam yang di cincang atau ayam cincang yang ready kat pasaraya. Tambah crab stick, cendawan dan beberapa jenis sayur seperti lada benggala dan lobak.
Sama je bahan yang kita guna untuk masak spaghetti carbonara. Resepi popiah carbonara ni telah dikongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Liyana. Rugi sangat tak cuba resepi ni.
Resepi ni memang sesuai sangat untuk korang yang suka makan popia. Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan. Lagi banyak bahan yang dicampur dalam inti popia ni lagi sedap ye. Marvellous!
RESEPI POPIAH CARBONARA
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan popiah carbonara ni. Step penyediaannya seperti dibawah. Ikut sebijik-sebijik confirm menjadi.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk inti :
- Isi ayam dipotong kecil (nak guna ayam cincang pun boleh)
- Crab stick (dihiris bulat)
- Cendawan butang (dicincang)
- Capsicum (dipotong dadu kecil)
- Sayuran carrot, baby corn dan sengkuang (optional)
- Black pepper
- Tepung gandum
- Susu pakai fullcream (kalau pakai susu cair pun boleh)
- Cheese slice 3 keping (tak kisah ape brand. Nak lebih rase cheese boleh juga potong dan letak masa kita gulung. Lagi sedap)
- Chicken stock
- Minyak sedikit
- Butter
- Garam dan perasa jika perlu
Bahan cincang halus :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
CARA PENYEDIAAN POPIAH CARBONARA :
▶️ Panaskan minyak dan butter. Letak minyak sikit sebab takut butter hangus.
▶️ Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
▶️ Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap kemudian masukkan juga chicken stock.
▶️ Kemudian, letak tepung dalam 3 sudu. Tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
▶️ Masukkan pulak susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan.
▶️ Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
▶️ Masak sekejap. Letak black pepper, garam dan perasa.
▶️ Sebelum tutup api, baru masukkan crab stick. Tujuan masukkan lambat sebab tak nak crab stick tu hancur sebab lama masak.
▶️ Masukkan inti kedalam kulit popia dan sedia untuk digoreng.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Daging Goreng Berempah. Letak Kacang Buncis Memang Sedap!
Time nak makan baru masukkan inti kedalam kulit popia. Walaupun di frozen kan. Kalau masuk inti siap-siap, kulit popia akan basah sebab creamy carbonara. Tak pepasal, kulit popia koyak dan melekat antara satu sama lain.
Tips masa nak goreng kena guna api jangan kecil sangat. Sebab kalau lama dia akan keluarkan inti dan bocor. Automatik minyak pun akan kotor. Untuk selamatkan popiah dan minyak, kena ikut tips ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Liyana kerana sudi berkongsi resepi popiah carbonara yang rangup dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!